Harga Gas Masak LPG Terkini

Panduan terkini dikemaskini pada 1 November 2018 jam 03:37 PM

Harga Gas Masak LPG Terkini
Rate this post

Harga Gas Memasak LPG Kekal RM26.60 Bagi Tong 14 Kg. Berapakah harga gas memasak terkini tahun 2018? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini kekal pada kadar harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad seperti yang diputuskan oleh Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat pada 8 Mac 2015.

harga gas memasak terkini

Harga Gas Memasak Terkini Di Malaysia

Sebelum ini Menteri KPDNKK, YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK ada mengulas mengenai Harga Gas Masak LPG 2015 Terkini.

“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

“Kita akui sejak 16 tahun lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,”

Dengan tiada kenaikan harga baharu LPG buat masa kini, langkah kerajaan ini dilihat sebagai langkah bijak dalam menjaga kepentingan rakyat pada masa kini.

Harga Gas berkuatkuasa pada 1 Julai 2015

Berikut adalah HARGA SEMASA bagi gas LPG bersubsidi (tong gas memasak) bagi pengguna (ISI RUMAH) khususnya iaitu 10 kg, 12 kg dan 14 kg.

hargagasmemasak
hargagas1july
Sebagai panduan, pengguna boleh membuat laporan ke KPDNKK terhadap perniagaan yang tidak beretika dengan merujuk panduan di Aduan KPDNKK. Semoga perkongsian harga gas memasak terkini  bermanfaat buat semua.

Berita Terkini : Harga Bagi Servis Penghantaran Gas Petronas Ke Rumah Kekal

Gas Petronas Home Delivery atau GPHD merupakan perkhidmatan yang disediakan Petronas untuk menghantar gas memasak ke rumah. Ianya boleh dilakukan dengan membuat pesanan di talian Mesralink Hotline di 1300 – 888- 427 dan penghantaran akan dilakukan terus ke rumah.

Terkini Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah mengumumkan harga bagi perkhidmatan penghantaran gas ke rumah GPHD akan terus kekal dan notis kenaikan harga bagi servis penghantaran yang telah viral di sosial media sebelum ini ditarik balik.

Sumber dari Bernama melaporkan Petronas Dagangan telah mengumumkan bahawa tiada kenaikan bagi GPHD setelah mengambil kira maklum balas orang ramai setelah surat hebahan kenaikan caj penghantaran tersebar di sosial media.

Harga Gas GPHD
Justeru itu, harga GPHD masih kekal pada RM25.80 untuk tong 12 kilogram dan RM29.80 untuk tong 14 kilogram bagi wilayah tengah serta RM25.20 untuk tong 12 kilogram dan RM29.00 untuk tong 14 kilogram bagi wilayak selatan, timur dan utara. Diharap agar harga minyak masak ini akan terus kekal pada kadar yang berpatutan bagi membantu rakyat dalam menampung kos sara hidup.