Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Pencen 2024 Tarikh Bayaran (Pesara Kerajaan)

Bilakah tarikh jadual pembayaran pencen 2024 untuk pesara kerajaan? Berikut adalah tarikh pembayaran pencen bulanan kepada pesara kerajaan yang telah diumumkan oleh Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan. Tarikh bayaran pencen bulanan akan dibayar lebih awal dari pembayaran gaji kakitangan awam 2024 yang boleh rujuk di Jadual Gaji.

Untuk kemudahan, penyata pencen juga boleh di semak dan di print cetak di link Applikasi JPA Pencen.

jadual pencen

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan

Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran pencen tahun 2024 untuk pesara kerajaan yang mengandungi tarikh, bulan dan hari.

1. Januari

  • Tarikh : 19.01.2024
    Hari : Jumaat
  • Thaipusam (25 Januari)

2. Februari

  • Tarikh : 21.02.2024
    Hari : Rabu
  • Tahun Baru Cina (10 & 11 Februari)

3. Mac

  • Tarikh : 21.03.2024
    Hari : Khamis

4. April

  • Tarikh : 19.04.2024
    Hari : Jumaat
  • Hari Raya Puasa (10 & 11 April)

5. Mei

  • Tarikh : 17.05.2024
    Hari : Jumaat
    Hari Pesta Kaamatan (30 & 31 Mei)

6. Jun

  • Tarikh : 12.06.2024
    Hari : Rabu
    Hari Gawai (1 & 2 Jun)
  • Hari Raya Haji (17 & 18 Jun)

7. Julai

  • Tarikh : 17.07.2024
    Hari : Rabu

8. Ogos

  • Tarikh : 21.08.2024
    Hari : Rabu

9. September

  • Tarikh : 20.09.2024
    Hari : Jumaat

10. Oktober

  • Tarikh : 22.10.2024
    Hari : Selasa
  • Deepavali (31 Oktober)

11. November

  • Tarikh : 21.11.2024
    Hari : Khamis

12. Disember

  • Tarikh : 18.12.2024
    Hari : Khamis
    Krismas (25 Disember)

jadual pembayaran pencen penjawat awam 2024

Download Lampiran JPA

Tanggungjawab Seseorang Pesara Atau Penerima Pencen

Pesara atau penerima pencen terbitan perlu memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam JPA atau KWAP mengenai sebarang perubahan maklumat seperti di bawah.

Pemakluman boleh dibuat melalui surat pemakluman/ permohonan atau dengan melengkapkan borang berkaitan yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.jpapencen.gov.my atau www.kwap.gov.my. Permohonan boleh dikemukakan secara pos, melalui kaunter perkhidmatan atau secara emel kepada mypesara@kwap.gov.my

  • a. Kemaskini Maklumat (pertukaran alamat atau akaun bank) atau  gantian Kad Pesara : Lengkapkan Borang JPA.BP.UMUM.B05 dan sertakan salinan maklumat akaun bank baharu)
  • b. Bermastautin Di Luar Negara Lengkapkan borang:
    • 1. “Pengakuan Pesara Bermastautin Di Luar Malaysia Di bawah Undang-Undang Pencen” (JPA.BP.SKP.B04); dan
    • 2. “Photograph, Thumb Impressions and Specimen Signature Of Malaysia Government Pension Recipient” (JPA.BP.SKP.B06)
  • c. Perkahwinan Selepas Bersara : Kemukakan salinan sijil nikah atau dokumen perdaftaran perkahwinan
  • d. Perceraian : Kemukakan salinan dokumen perceraian
  • e. Anak kandung, anak tiri atau anak angkat selepas bersara :
    Kemukakan salinan sijil kelahiran (serta dokumen pendaftaran pengangkatan, sekiranya berkenaan)
  • f. Dikenakan Hukuman Mati Atau Penjara : Kemukakan salinan keputusan hukuman
  • g. Dihukum Bankrap : Kemukakan salinan perintah kebankrapan serta arahan Jabatan Insolvensi Malaysia
  • h. Pelepasan Daripada Kebankrapan : Kemukakan salinan perintah pelepasan kebankrapan serta arahan Jabatan Insolvensi  Malaysia
  • i. Perkahwinan (anak) : Kemukakan salinan sijil nikah atau dokumen pendaftaran perkahwinan

Maklumat Lanjut, sila rujuk Panduan Umum Pesara Awam Kerajaan Malaysia

Semoga Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 ini boleh dijadikan panduan buat pesara kerajaan dalam membuat perancangan kewangan pasca perkhidmatan.

Related : tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan surat pekeliling portal pencen veteran atm, pesara kerajaan tahun 2021