Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Gaji 2020 Kakitangan Awam (Tarikh Dan Hari)

Bilakah tarikh pembayaran gaji 2020 kerajaan? Setiap hujung bulan pasti dinantikan oleh hampir semua orang yang bekerja termasuk guru, polis, tentera dan sebagainya. Pada masa dan tarikh itulah mereka akan mendapat gaji bulanan. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2020 Kakitangan Awam/ Kerajaan untuk rujukan semua.

Semakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di e-penyata gaji

jadual gaji

Moga jadual dan tarikh gaji bulanan 2020 kakitangan awam ini dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah 2020 Malaysia.

Tarikh Pembayaran Gaji 2020 Kakitangan Awam Kerajaan

Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2020 dari sumber Surat Pekeliling Akauntan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan.

Maklumat yang dikongsikan memaparkan bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM KERAJAAN TAHUN 2020
Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari
JANUARI FEBRUARI MAC
16.1.2020
(Khamis)
24.02.2020
(Isnin)
25.03.2020
(Rabu)
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 24 & 25 Mei
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei
APRIL MEI JUN
23.4.2020
(Khamis)
14.5.2020
(Khamis)
22.06.2020
(Isnin)
Hari Raya Aidiladha 31 Julai & 1 Ogos
JULAI OGOS SEPTEMBER
23.07.2020
(Khamis)
25.08.2020
(Selasa)
24.09.2020
(Khamis)
Hari Deepavali 27 Oktober
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
26.10.2020
(Isnin)
25.11.2020
(Rabu)
17.12.2020
(Khamis)
Hari Krismas 25 Disember
LAMPIRAN JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN 2020
tarikh pembayaran gaji 2020 1
SUMBER : ANM
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM KERAJAAN TAHUN 2019
Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari
JANUARI FEBRUARI MAC
24.1.2019
(Khamis)
25.02.2019
(Isnin)
25.03.2019
(Isnin)
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 5 & 6 Jun
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
APRIL MEI JUN
25.4.2019
(Khamis)
23.5.2019
(Khamis)
25.06.2019
(Selasa)
Hari Raya Aidiladha 11 Ogos
JULAI OGOS SEPTEMBER
25.07.2019
(Khamis)
22.08.2019
(Khamis)
25.09.2019
(Raby)
Hari Deepavali 27 Oktober
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
17.10.2019
(Khamis)
25.11.2019
(Isnin)
18.12.2019
(Rabu)
Hari Krismas 25 Disember
SUMBER : ANM
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

Peraturan Pembayaran Gaji

Bayaran Gaji Melalui Sistem Gaji Berkomputer

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

  • (a) Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  • (b) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
  • (c) Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahhaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
    • i) butiran peribadi;
    • ii) nombor akaun bank; dan
    • iii) nombor rujukan:
      • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
      • Cukai Pendapatan;
      • Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • (d) Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan
  • (e) Kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:
    • i) potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
    • ii) menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.
  • (f) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) disokong dengan dokumen berikut:
    • i) salinan kad pengenalan baharu; dan
    • ii) dokumen yang membuktikan nombor rujukan potongan
  • (g) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucar bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Pengarah JANM Negeri/Cawangan/Ketua Akauntan Kementerian hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (PP)

  • (a) Menetapkan tarikh pemprosesan larian gaji bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • (b) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui baucar bayaran berasingan boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Pengarah JANM Negeri/Cawangan/Ketua Akauntan Kementerian.

Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari

  • Bayaran hendaklah diproses pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
  • Tarikh pembayaran gaji melalui Sistem Gaji Berkomputer adalah pada hari keempat (4) bekerja bulan berikutnya

Semoga Jadual bayaran gaji bulanan bagi tahun 2020 ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih teratur dan ceria.