Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2021

Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2021. Bilakah tarikh bayaran bonus 2021? Berita baik buat penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM600 sebagai bayaran khas kewangan yang akan dibayar pada bulan Januari 2021. Pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas berjumlah RM300.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul semasa pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 6 November 2020 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM600 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah Pesara Kerajaan dan veteran tidak berpenven juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM300.

bonus kakitangan awam

TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2020 (BAJET 2021)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM600 Kakitangan Awam 2020. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikutSurat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 (dalam PDF).

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Pemberian turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa dan veteran tidak berpencen sebanyak RM300.00.

Pelaksanaan

  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 sebanyak RM600.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 561 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 25 Januari 2021 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  • Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.

Jumlah Bayaran Khas

  1. Kakitangan awam : RM600
  2. Pesara : RM300

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti dinyatakan dalam pekeliling di atas akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-

  1. Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021

Diantara faedah dan insentif yang diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2021 boleh dirujuk di Intipati Bajet 2021.

Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2021 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2021.