Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun 2025? Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang akan dikeluarkan secara rasmi oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2025 dijangka akan diadakan pada hujung tahun susulan daripada langkah Kerajaan untuk mengembalikan takwim sekolah ke tarikh lama.
Untuk makluman, tarikh result peperiksaan SPM 2025 pula akan diumumkan sekitar bulan April 2026 jika merujuk kepada tarikh keputusan result tahun sebelumnya.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 (Tarikh Exam)
NOTA : Untuk makluman, jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2025 telah dikeluarkan secara RASMI di Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia. Harap maklum.
Tarikh Penting Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 adalah seperti berikut :-
- Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3
- 3 Hingga 6 November 2025
- Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3
- 10 Hingga 13 November 2025
- Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3
- 17 November 2025
- Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3
- 18 November 2025
- Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3
- 19 November 2025
- Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3
- 19 November 2025
- Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4
- 20 November 2025
- Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4
- 20 November 2025
- Peperiksaan Bertulis SPM 2025
- 20 November Hingga 23 Disember 2025
Jadual Rasmi SPM 2025
Berikut adalah tarikh peperiksaan bertulis SPM 2025 mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
Untuk koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.
Jadual lengkap sila rujuk grafik di bawah :-
Ujian Bertutur Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi & Sains Tambahan)
Ujian Mendengar BM & BI
Jadual waktu lengkap peperiksaan bertulis SPM 2025 seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah seperti berikut :-
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025 (BERTULIS) | |
25 Hingga 27 November 2025 | |
![]() | |
1 Disember & 2 Disember 2025 | |
![]() | |
3, 4 & 8 Disember 2025 | |
![]() | |
9 & 10 Disember 2025 | |
![]() | |
15 & 16 Disember 2025 | |
![]() | |
17 & 18 Disember 2025 | |
![]() | |
22 Disember 2025 | |
![]() | |
23 Disember 2025 | |
![]() | |
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Arahan Am
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2025
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 – Rasmi
* Untuk download atau memuat turun Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam PDF, sila klik pautan berikut :-
Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada awal hujung tahun 2025 nanti.
lembaga peperiksaan kementerian pendidikan malaysia