Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan SPM 2019 Online Dan SMS

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2019 Diumumkan. Bagaimana cara semak keputusan SPM 2019 secara online atau SMS? Pelajar Tingkatan 5 pasti menunggu dengan penuh debar result keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Untuk tahun 2019, peperiksaan bertulis SPM telah diadakan dalam dua fasa iaitu dari Oktober hingga November 2019.

Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2019 akan diumumkan secara rasmi di Portal KPM iaitu jangkaan pada bulan Mac 2020. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada hari Khamis, 14 Mac 2019 jam 1000 pagi menerusi kenyataan media KPM. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UA/ IPTA sesi 2020/ 2021 melalui permohonan UPU online dijangka dibuka pada bulan Februari 2020.

semakan keputusan spm

Cara Semak Keputusan SPM 2019 Online Dan SMS

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan.

Berikut adalah rekod tarikh pengumuman Keputusan SPM tahun-tahun lepas buat rujukan calon peperiksaan.

  • 2019 : 5 Mac 2020 (Khamis)
  • 2018 : 14 Mac 2019 (Hari Khamis)
  • 2017 : 15 Mac 2018 (Khamis)
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Nota

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kaedah Semakan Keputusan SPM 2019

Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2019 melalui online dan SMS selepas pengumuman tarikh rasmi oleh KPM.

Semoga pelajar yang menduduki peperiksaan SPM akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan untuk memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi melalui Permohonan UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA.

Cara Mendapatkan Result SPM 2019

Berikut dikongsikan tatacara biasa dalam mendapatkan atau membuat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa:-

  • Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan

Semakan Online

  • Semakan keputusan SPM (Ringkasan Keputusan) boleh di buat secara online di SPPAT Lembaga Peperiksaan Malaysia
  • Link terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa
  • Keputusan SPM juga boleh disemak melalui applikasi mobile dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan di Google Play untuk pengguna Android

Calon Persendirian

  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

  • Semakan melalui SMS. KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888

Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

semakan keputusan spm melalui sms

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Mac 2019 sehingga jam 600 petang, 2- Mac 2019. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2019 Diumumkan

Kenyataan media KPM berkaitan tarikh rasmi semakan keputusan SPM tahun 2019 akan dikongsikan selepas dikeluarkan secara rasmi.

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2018

Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2018.

  1. Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 adalah seramai 421,706 calon berbanding 443,883 calon pada tahun 2017
  2. Gred Purata Nasional (GPN) – Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
    • Pencapaian calon pada tahun 2018 adalah lebih baik daripada tahun 2017. GPN pada tahun ini mencatat 4.89 berbanding 4.90 pada tahun 2017
  3. Pencapaian Calon Mengikut Lokasi – Jurang pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar mengecil sebanyak 0.04 pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.
    • Hal ini disebabkan oleh peningkatan pencapaian calon di luar bandar sebanyak 0.04
  4. Pensijilan SPM – Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia.
    • Pada tahun 2018, peratusan calon yang layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia meningkat sebanyak 1.2% iaitu 86.4% daripada 391,641 calon yang menduduki peperiksaan SPM berbanding 85.2% pada tahun 2017
  5. Pensijilan Calon Berkeperluan Khas – Seramai 1,194 calon berkeperluan khas (CBK) telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018.
    • Daripada jumlah tersebut, seramai 61.2% CBK layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia
  6. Pencapaian Calon – Sebanyak 58.9% (230,465) calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2018

Maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Analisis Keputusan SPM 2018 yang dikeluarkan oleh KPM

Semoga Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2019 Diumumkan ini dapat membantu pelajar dalam merancang dalam mempersiapkan permohonan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.