Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun 2021? Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2021 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2021 akan ditunda ke tahun hadapan akibat pandemik Covid-19.
Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2021 pula akan diumumkan sekitar bulan Jun 2022 jika merujuk kepada tarikh keputusan result tahun sebelumnya.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 (Tarikh Exam)
Berikut adalah tarikh peperiksaan bertulis SPM 2021 mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan. Untuk koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.
Nota peperiksaan sijil pelajaran malaysia
Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari LPM. Tarikh peperiksaan SPM 2021 telah ditetapkan seperti berikut seperti Kenyataan Media Kementerian Pendidikan pada 7 Februari 2022 :-
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Februari 2022
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula pada 22, 23 dan 24 Februari 2022
- Ujian Mendengan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadual pada 21 Februari 2022
- Ujian Amali dan Sains untuk Fizik, Kimia dan Biologi akan diadakan pada 15 Februari 2022
- Diikuti dengan Ujian Amali dan Sains untuk Sains Tambahan pada 17 Februari 2022
- Peperiksaan bertulis bermula 2 hingga 29 Mac 2022
Jadual SPM 2021
- Jadual rasmi peperiksaan selepas pengumuman rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut :-
2 dan 3 Mac 2022
7 dan 8 Mac 2022
9 dan 10 Mac 2022
14 dan 15 Mac 2022
16 dan 17 Mac 2022
21 dan 22 Mac 2022
24 dan 28 Mac 2022
29 Mac 2022
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Arahan Am
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2021
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021
* Untuk download atau memuat turun Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam PDF, sila klik pautan berikut :-
Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada awal tahun 2021 nanti.