Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2023

Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU), draf tarikh peperiksaan SPMU 2023 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) sesi Jun hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada tarikh yang akan dikemaskini.

Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Jumlah kertas adalah bergantung kepada pilihan pelajar. Bagi mereka yang merupakan calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU 2023, anda boleh berbuat demikian pada bulan April hingga Jun 2023

jadual spmu

Nota dan arahan

Calon wajib menduduki  semua kertas  peperiksaan bagi  mata  pelajaran  yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas  peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon   yang tidak dapat menduduki atau tidak    hadir sesuatu kertas    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen  sokongan seperti  surat perakuan doktor atau  surat kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan.  Dokumen  sokongan  ini  hendaklah diserahkan   kepada Ketua   Pengawas  Peperiksaan sebelum   tamat   tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2022. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum   peperiksaan.   Calon   hendaklah   memaklumkan   kepada pihak   JPN sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat dan mengisi   Borang   Pembetulan Maklumat Calon.

Calon  dikenakan  bayaran RM  30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan   dalam   Jadual   Waktu   Peperiksaan SPM   (Ulangan) 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPMU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2023

Berikut adalah tarikh rasmi peperiksaan SPM Ulangan tahun 2023 :-

  • Sesi Jun
    • Ujian Bertulis dan Mendengar : –
    • Ujian Bertulis : –

    Sesi November

    • Ujian Lisan : 5 & 6 September 2023
    • Ujian Bertulis : 4, 5, 6 September 2023

Jadual lengkap perperiksaan SPMU 2023 yang akan dilangsungkan selama 3 hari di mana jadual di bawah ini ada memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan akan dijalankan akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadual Rasmi Tahun 2023

JADUAL-WAKTU-PEPERIKSAAN-BERTULIS-SPMU

JADUAL WAKTU UJIAN BERTUTUR SPMU 2023

Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2023. Semoga berjaya dengan cemerlang. Jadual SPMU 2023 boleh di muat turun di Lembaga Peperiksaan KPM.