Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan SPA Online Keputusan Peperiksaan & Temuduga

Semakan Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga SPA Online. Bagi calon yang telah memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di perkhidmatan awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan telah menduduki peperiksaan online serta temuduga, saya percaya anda tentu sudah berdebar-debar menunggu keputusan jawapan atas permohonan ini samada anda lulus atau tidak.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menjawat jawatan di sektor awam. Gunakan amanah yang diberikan untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

semakan spa

Semakan Keputusan Temuduga Dan Peperiksaan SPA Online

Berikut adalah senarai perkara yang boleh disemak  :-

  1. Senarai Penjadualan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan
  2. Senarai Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan
  3. Senarai Penjadualan Assessment Centre
  4. Senarai Keputusan Assessment Centre
  5. Senarai Penjadualan Temu Duga/Pemeriksaan Fizikal
  6. Senarai Penjadualan Temu Duga
  7. Senarai Keputusan Temu Duga
  8. Semakan Status Urusan Perkhidmatan

Semakan keputusan temuduga dan peperiksaan online SPA boleh disemak di pautan berikut:-

1. Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Sukatan peperiksaan merangkumi Seksyen Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Bahasa Inggeris dan Ujian Psikometrik.

Secara amnya, tiada buku rujukan khusus bagi peperiksaan online di SPA. Calon boleh merujuk panduan peperiksaan di bawah menu sukatan mengikut skim jawatan yang berkenaan.

Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.

Keputusan peperiksaan boleh disemak dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di menu Semakan Keputusan Peperiksaan/ Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera & Kecergasan.

2. Semakan Keputusan Temuduga SPA

Keputusan temu duga akan dimaklumkan kepada calon melalui emel pemakluman ke alamat emel calon serta semakan melalui Keputusan Temu Duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Result akan diumumkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh terakhir urusan temu duga dilaksanakan.

Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Nota : Pastikan calon sentiasa menyemak e-mel, pemakluman di Portal Rasmi dan FB SPA untuk info jawatan yang terlibat. Semak e-mel tengok juga di folder-folder SPAM atau junk box takut e-mel panggilan temu duga termasuk dalam folder ini.

3. Senarai Keputusan Assessment Centre

Calon yang telah menerima surat pelantikan daripada SPA sahaja yang boleh menggunakan sistem ini.

  • Calon hanya boleh menjawap Setuju/Tidak Setuju Terima Pelantikan sekali sahaja.
  • Calon perlu memberi jawapan sama ada terima atau tidak. Sekiranya calon menerima tawaran pelantikan, calon hendaklah mencetak dua (2) salinan surat Setuju Terima untuk dibawa semasa melaporkan diri di Kementerian/ Jabatan yang berkenaan.

Selamat membuat semakan dan semoga anda semua berjaya. Tahniah.

Related : laman web perlu mendaftar spa secara online permohonan jawatan memohon jawatan jawatan kosong kerajaan secara atas talian diploma stpm stam urusan pengambilan membuat pendaftaran tempoh sah laku semakan status permohonan permohonan pekerjaan pendaftaran pekerjaan berikut dikongsikan, borang pendaftaran, melayari portal rasmi