Keputusan ACL2 Kuching City FC 2026 – 2027 Jadual & Carta Kedudukan

Gergasi Bolasepak Malaysia Timur, Kuching City FC akan beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2 – AFC Champions League Two) musim 2026-2027. Ianya merupakan kejohanan bola sepak kelab peringkat kedua Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kuching City FC di bawah kendalian jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak mempunyai peluang seimbang untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas di undi bersama kelab dari negara Korea Selatan, Cambodia dan Hong Kong. Pada sesi undian yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2026, pasukan “The Cats” telah diundi dalam Kumpulan H bersama kelab Korea Selatan, Gangwon. Pasukan lain dalam group sama termasuk juara Liga Premier Hong Kong yang juga gergasi Hong Kong, Kitchee dan naib juara Cambodia League musim lepas iaitu Phnom Penh Crown. Ini sekali gus menyaksikan hanya dua wakil kelab Asia Tenggara dikumpulkan dalam satu kumpulan pada edisi kali ini.

Info ACL2 Liga Juara-Juara AFC Two (Dua)

Liga Juara-Juara AFC Dua (disingkatkan sebagai ACL Dua atau ACL2) ialah pertandingan kelab bola sepak benua tahunan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Ia adalah pertandingan peringkat kedua dalam bola sepak kelab Asia, berada di bawah Liga Juara-Juara AFC Elit dan di atas Liga Cabaran AFC.

Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai Piala AFC, ia dimainkan terutamanya di kalangan kelab dari negara yang tidak menerima slot kelayakan langsung ke Liga Juara-Juara AFC peringkat tertinggi. Pertandingan itu ditukar nama kepada nama semasa pada tahun 2024. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, formatnya juga diubah untuk memasukkan kelab dari persatuan anggota AFC yang kedudukannya lebih tinggi. Hadiah wang juga ditingkatkan.

Kelab layak ke pertandingan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kebangsaan dan pertandingan piala. Penyertaan dalam pertandingan ini terbuka kepada kelab dari 12 negara teratas di rantau Timur dan Barat berdasarkan ranking pertandingan kelab AFC. Peserta dari setiap negara yang menduduki tempat 1–6 di setiap rantau ialah kelab tertinggi di negara tersebut yang tidak layak ke Liga Juara-Juara AFC Elit. Negara-negara yang menduduki tempat ke-7–12 di setiap rantau akan terus memasukkan kelab terbaik mereka ke Liga Juara-Juara AFC Dua.

Pemenang Liga Juara-Juara AFC Dua akan diperuntukkan slot peringkat awal tidak langsung untuk musim Liga Juara-Juara AFC Elit yang seterusnya, jika mereka belum layak melalui pertandingan domestik. Juara semasa pertandingan ini ialah Gamba Osaka, yang mengalahkan Al-Nassr dalam perlawanan akhir 2025-2026. Al-Kuwait dan Al-Quwa Al-Jawiya adalah kelab paling berjaya dalam sejarah pertandingan, masing-masing memenangi tiga gelaran. Kelab dari Kuwait telah memenangi empat gelaran, menjadikan mereka negara paling berjaya dalam pertandingan itu.

Keputusan Kuching City FC ACL2 2026-2027 Kumpulan H Zon Timur

Pasukan Gamba Osaka dari Jepun adalah juara bertahan kejohanan. Senarai 16 kelab (East Zone) dan 16 kelab (West Zone) layak ke peringkat kumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan (4 team satu kumpulan). Hasil undian kumpulan adalah seperti berikut:-

Berikut adalah hasil undian peringkat kumpulan ACL2 2026/2027 yang dibahagikan mengikut 2 zon:

Zon Barat

  • Group A: Al Wahda FC (UAE), PFC Nasaf (UZB), Kuwait SC (KUW), Al Khaldiya SC (BHR)
  • Group B: Al Jazira Club (UAE), Golgohar Sirjan SC (IRN), Al Muharraq SC (BHR), FC Arkadag (TKM)
  • Group C: Al Taawoun FC (KSA), Al Rayyan SC (QAT), Al Faisaly (JOR), Al Nahda Club (OMA)
  • Group D: Al Hussein (JOR), Al Shorta (IRQ), Al Seeb Club (OMA), East Bengal FC (IND)

Zon Timur

  • Group E: FC Seoul (KOR), Melbourne Victory FC (AUS), The Cong – Viettel FC (VIE), Persib Bandung (IDN)/Manila Digger (PHI)
  • Group F: Adelaide United (AUS), BG Pathum United (THA), Lion City Sailors FC (SGP), Tai Po FC (HKG)
  • Group G: FC Machida Zelvia (JPN), Shanghai Shenhua FC (CHN), Preah Khan Reach Svay Rieng FC (CAM), Tampines Rovers FC (SGP)
  • Group H: Gangwon FC (KOR), Kuching City FC (MAS), Kitchee SC (HKG), Phnom Penh Crown FC (CAM)

Pasukan yang berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan “top two” akan layak ke pusingan kalah mati (pusingan 16 pasukan).

Jadual Perlawanan & Keputusan ACL2 2026-2027 Kuching City FC Zon Timur

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan waktu Malaysia beserta keputusan perlawanan melibatkan wakil Malaysia, Kuching City FC yang akan dikemaskini selepas tamat permainan ataupun diupdate melalui widget live score di bawah ini.

Sebagai rekod, skuad Merah Kuning iaitu Selangor FC yang mewakili Malaysia musim lepas gagal menepati ramalan selepas terkandas di peringkat Kumpulan saingan ACL2 musim lalu apabila gagal mengatasi dua pasukan teratas.

Saingan peringkat kumpulan ACL2 akan bermula pada 15 September depan dengan dua kelab terbaik setiap kumpulan bakal lolos ke peringkat kalah mati.

TarikhMasaTeam 1KeputusanTeam 2
1ST LEG
17 Sept8.15PMPhnom Penh2 – 1Kuching City
15 Okt8.15PMKuching City–Kitchee
29 Okt6.00PMGangwon–Kuching City
2ND LEG
5 Nov8.15PMKuching City–Gangwon
26 Nov6.00PMKuching City–Phnom Penh
3 Dis8.15PMKitchee–Kuching City

Widget Live Score ACL2

Carta Kumpulan Zon Timur Group H Kuching City FC ACL2 2026 – 2027

Carta akan dikemaskini sebaik sahaja semua perlawanan dimainkan setiap pasukan.

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
Phnom Penh Crown110021+13
Gangwon10100001
Kitchee10100001
Kuching City100112-10

Widget Carta Kedudukan Pasukan ACL2


Selamat berjuang buat Kuching City FC. Moga dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas bolasepak Asia dan dunia.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor