Panduan terkini dikemaskini pada

Gambar Jersi Baru JDT 2025 – 2026 Dan Harga

Peminat pasukan JDT skuad Harimau Selatan pasti menantikan majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2025 – 2026.  Untuk penyokong JDT nantikan gambar jersi baru JDT 2025 – 2026 yang akan dikongsikan semasa pelancaran di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 3 Ogos 2025, Hari Ahad.

Skuad JDT masih mengekalkan jenama Nike sebagai pengeluar jersi pasukan yang didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi “Home” dan “Away” berwarna biru dan merah. Jersi ketiga telah diperkenalkan kepada peminat beberapa minggu lepas.

Gambar Dan Harga Jersi Baru JDT 2025 – 2026

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi melancarkan tiga rekaan jersi baharu untuk musim 2025–2026 dalam satu majlis meriah bersama penyokong di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, pada 3 Ogos 2025.

Pelancaran ini menandakan tahun ke-11 kerjasama berterusan antara JDT dan jenama sukan terkemuka, Nike, sejak musim 2014. Hubungan jangka panjang ini terus mencerminkan keserasian dan visi bersama dalam menghasilkan jersi eksklusif buat Harimau Selatan.

Untuk musim ini, JDT memperkenalkan jersi ‘Home’ berwarna biru dan merah yang ikonik, jersi ‘Away’ berwarna merah, serta jersi ‘Alternate’ dalam rona ‘hyper turquoise’ yang telah dilancarkan lebih awal pada 23 Julai 2025 yang lalu.

Rekaan jersi ‘Home’ mengekalkan identiti bendera Johor, dengan warna biru (blue void) sebagai asas dan jalur menegak merah (sport red) di bahagian hadapan serta belakang. Sementara itu, jersi ‘Away’ tampil lebih garang dengan rekaan serba merah, diserikan dengan kemasan biru di hujung lengan dan leher.

Bahagian belakang jersi turut memaparkan peta Negeri Johor bersama warna bendera negeri dan slogan ‘Move Your World’, selari dengan kempen global penaja utama, Toyota. Logo Toyota Motor sebagai Rakan Mobiliti Rasmi JDT dipaparkan di bahagian hadapan jersi.

Antara elemen baharu musim ini ialah kehadiran bendera Johor dan Malaysia pada lengan jersi, melambangkan semangat kebangsaan dan misi kelab dalam mewakili negara ke pentas lebih tinggi seperti Liga Juara-Juara AFC Elite dan Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup).

Jersi JDT musim ini masih mengekalkan teknologi ‘Nike Dri-FIT’ yang memberikan keselesaan maksima dan sesuai untuk aktiviti harian yang turut menggabungkan fabrik penyerap peluh dengan panel jejaring beraliran udara bagi memberikan rasa yang ringan, kering dan selesa kepada pemakainya.

Jersi JDT edisi 2025–2026 kini boleh didapati menerusi JDT Online Store dan JDT Direct Megastore dengan harga RM299 untuk jersi ‘Home’ dan ‘Away’, RM189 untuk ‘Alternate’ serta RM235 bagi versi ‘Home Youth’.

JERSI BARU JDT 2025 – 2026 “HOME”

JERSI “AWAY”

JERSI “ALTERNATE”

Semoga dengan pelancaran jersi baru ini, pasukan JDT akan terus cemerlang pada aksi musim ini.