Keputusan Terkini Perlawanan Liga A1 Semi-Pro Malaysia Musim 2026-2027. Saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/27 iaitu saingan liga semi (separuh) profesional kini secara tidak rasminya menjadi saingan divisyen kedua bola sepak domestik Malaysia selepas Malaysia Super League (MSL). Pertandingan melibatkan 16 pasukan ini dijadualkan membuka tirainya pada 28 Ogos 2026.
Ianya bakal menjadi ‘hiburan baharu’ untuk disajikan buat penyokong bola sepak tempatan. Hadiah wang tunai untuk pertandingan kali ini telah meningkat sekali ganda kepada RM200,000 berbanding musim lalu.
Saingan Liga A1 Semi-Pro dijangka mampu menarik minat penyokong memandangkan mereka menjadi platform kepada ‘ubi muda‘ untuk mengetengahkan bakat mereka selepas ketiadaan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada musim baharu nanti.
Liga Bolasepak Amatur (AFL) menyatakan yang setiap pasukan perlu ada minimum 10 pemain berstatus profesional, manakala selebihnya terpulang kepada pasukan untuk mengambil pemain secara profesional ataupun amatur. Ini bermaksud dalam satu pasukan yang ditubuhkan itu, bukan semuanya pemain berstastus profesional dan ada dalam kalangan mereka yang membuat kerja lain.

Apa Itu Amateur Football League (AFL)?
Liga Bola Sepak Amatur (AFL) adalah sebuah organisasi yang disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menguruskan bola sepak peringkat amatur.
AFL ditubuhkan pada tahun 2018 dengan usaha untuk mengembangkan sukan ini di peringkat akar umbi di Malaysia, melancarkan pertandingan pertamanya pada tahun 2019. AFL kini beribu pejabat di Petaling Jaya.
Dipimpin oleh AFL Datuk Wira Mohd Yusoff bin Mahadi, AFL percaya bahawa adalah tanggungjawab dan visi kami untuk Mempertahankan dan Melindungi permainan rakyat sebagai sukan penyatu utama Negara.
Selaras dengan visi kami, AFL bertujuan untuk:
- Bentuk rangkaian liga bola sepak di seluruh negara
- Menubuhkan dan mengekalkan perkongsian komersial yang bermakna
- Menetapkan laluan yang jelas untuk pemain amatur, jurulatih dan kelab
- Manfaatkan potensi penyiaran dalam bola sepak tempatan
- Membina asas yang menyokong Bola Sepak Profesional (Super League & Liga Premier)
- Mempromosikan bola sepak berasaskan komuniti
- Meningkatkan penyertaan di peringkat akar umbi
- Menetapkan dan melaksanakan elemen pembangunan dalam pertandingan kami
Liga A1 Semi-Pro Malaysia 2026-2027 : Keputusan, Jadual Dan Carta Kedudukan Pasukan
AMATEUR Football League (AFL) telah mengumumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027 dengan sepak mula yang dijadualkan pada 28 Ogos 2026.
Secara rasmi, sepuluh (10) pasukan sedia ada yang telah disahkan penyertaan mereka adalah Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kedah FA, Perak FA, UM-Damansara United, Kelantan City FC (Kelantan WTS FC), Manjung City FC, Armed Forces FC, Bunga Raya FC dan Malaysian University-UiTM.
Saingan musim ini juga menyaksikan kemasukan dua (2) pasukan baharu yang turut disahkan penyertaan mereka iaitu Negeri Sembilan FC II dan naib juara Liga A2 Amateur musim lalu, USM FC manakala juara iaitu AZM Rovers FC dan pasukan di tangga ke-14 Liga A1 musim lalu, Perlis GSA FC memilih untuk tidak mengesahkan penyertaan mereka.
Perancangan awal AFL adalah untuk menyenaraikan empat belas (14) Pasukan secara keseluruhan untuk bersaing di Liga A1 Musim 2026/2027 dan proses penilaian yang dijalankan telah melibatkan enam belas (16) pasukan termasuk tiga (3) permohonan baharu.
Justeru, terdapat empat (4) lagi pasukan di senarai menunggu yang masih berpeluang merebut tempat dan diberi masa sehingga 31 Julai ini untuk menyempurnakan dokumentasi pengesahan penyertaan mereka yang akan dinilai semula secara merit.
Terdahulu, Kelantan Red Warriors FC telah diumumkan untuk bersaing di Liga Super manakala KDA FC yang berada di zon penyingkiran musim lalu diturunkan ke Liga A2 musim akan datang.
TERKINI 4 Ogos 2026: AMATEUR Football League (AFL) telah mengumumkan bahawa Imigresen FC II dan AAK-UNISEL FC telah disahkan penyertaan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027. Kedua-dua pasukan sebelum ini berada di dalam senarai menunggu dan perlu memenuhi beberapa kriteria di samping melengkapkan dokumentasi mengikut tempoh yang diberikan. Setelah melalui proses semakan, kedua-dua pasukan kini disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 14 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2026/2027.
AFL sebelum ini telah memaklumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim 2026/2027 di mana empat (4) Pasukan berada di senarai menunggu untuk merebut dua (2) lagi kekosongan.
Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding dalam Liga A1 Semi-Pro Malaysia musim 2026 – 2027 dan yang telah disahkan oleh Amateur Football League (AFL):-
- Johor Darul Ta’zim II
- Selangor FC II
- Kedah FA
- Perak FA
- UM-Damansara United
- Kelantan City FC (Kelantan WTS FC)
- Manjung City FC
- Armed Forces FC
- Bunga Raya FC
- Malaysian University-UiTM
- Negeri Sembilan FC II
- USM FC
- Imigresen FC II
- AAK-UNISEL FC
Kedah Darul Aman (KDA) FC

Siaran Langsung A1 Semi-Pro Musim 2026-2027 (Live)
Amateur Football League (AFL) secara rasminya mengumumkan kolaborasi bersama Astro selaku rakan penyiar rasmi Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.
Pembabitan Astro ini bakal menjanjikan beberapa siaran perlawanan langsung disepanjang kejohanan dan akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 8.45 malam yang boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena.
Sebelum ini perlawanan Liga A1 disiarkan menerusi saluran Youtube AFL, Facebook dan Mytv namun untuk musim ini di saluran Astro
Keputusan Liga A1 Semi-Pro
Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Liga A1 Semi-Pro Malaysia 2026-2027 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa menerusi pautan berikut:-
Jadual Perlawanan
- Klik pautan ALF
Carta Kedudukan Liga A1 2026/ 2027
Untuk carta kedudukan Terkini Liga A1 Semi-Pro pula, peminat bolasepak boleh merujuk kepada update terkini grafik table atau widget Carta Table di bawah.
Kedudukan terkini setiap pasukan setakat 30 Ogos 2026

“Sila refresh page untuk mendapatkan informasi live table, stats dan live scores daripada widget”
Carta Kedudukan Liga A2 Amateur 2025/ 2026
Liga Amatur A2 Malaysia (juga dikenali dengan nama Liga A2) merupakan liga bola sepak tahap ketiga di Malaysia. Kejohanan ini merupakan liga divisyen ke-3 dalam sistem bola sepak Malaysia menggantikan Piala FAM/ Liga M4.
Kedudukan terkini setiap pasukan mengikut Zon masing-masing setakat 6 Disember 2025.

Laluan Perlawanan Akhir Liga A2 Musim 2025/26 ‼️
Keputusan yang dicatatkan setakat 24 Januari 2026.





