Gambar Jersi Baru JDT 2019 Dan Harga

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 02:27 PM

Jersi Baru Pasukan JDT 2019. Peminat pasukan JDT skuad Harimau Selatan pasti menantikan majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2019 pada 12 Januari nanti. JDT akan kekal kepada jenama Nike. Untuk penyokong JDT nantikan gambar jersi baru JDT 2019 yang akan dikongsikan semasa pelancaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu, 12 Januari 2019 bermula jam 900 malam.

Jersi 2019 ini telah direka khas untuk Harimau Selatan oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Jersi tersebut hadir dalam dua varian, ‘Player Issue’ dan ‘Fans Issue’. ‘Fans Issue’ lebih mampu milik untuk penyokong pada harga RM185 berbanding ‘Player Issue’ yang harganya RM549.

Pelbagai aktiviti menarik juga telah dirancang untuk para penyokong Harimau Selatan sewaktu pelancaran jersi. Di samping penjualan barangan rasmi JDT, terdapat juga persembahan artis, ‘Food Trucks’ dan banyak lagi.

jersey jdt

Gambar Dan Harga Jersi Baru JDT 2019

Majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2019 dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada malam 12 Januari 2019. Sempena pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2019 pada malam ini, jualan serentak turut diadakan di setiap daerah negeri Johor. Para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di lokasi berikut;

1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru
2. Tangkak – Dataran Ledang
3. Kluang – Dataran Tasik
4. Kulai – Southern Tiger Hub, Jalan Cengal
5. Pontian – Dataran Majlis Daerah Pontian
6. Mersing – Dataran Teko, Pantai Mersing
7. Segamat – Perkarangan U-Sentral, Segamat
8. Batu Pahat – Arena Warna, Ayer Hitam
9. Muar – Dataran Tanjung Emas
10. Kota Tinggi – SRCC Tenggara

Jersi Home Dan Away JDT 2019

Untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dari Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat. Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil. Tambahan lagi, Nike dan pihak pengurusan kelab telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua varian bagi rekaan kali ini iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).

Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit). Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

Sumber : FB Johor Southern Tigers

Info Dan Gambar Jersi JDT 2019

  • Home : Warna merah berbelang biru
  • Away : Warna Ungu
  • Harga : RM185.00

jersi jdt home away

Semoga dengan pelancaran jersi baru ini, pasukan JDT akan terus cemerlang pada aksi Liga Malaysia 2019 dan Piala AFC Champions League yang pertama kali mereka beraksi.