Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2026 – 2027 (Live Streaming)

Anda seorang peminat bolasepak di Malaysia seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA? Berikut dikongsikan jadual siaran langsung (live streaming) Liga Malaysia 2026-2027 meliputi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2026 yang bermula dari 21 Ogos 2026.

Astro kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2026-2027, membawa pengalaman tontonan secara lebih dekat dan segar menerusi saluran Arena Bola (CH 803 & 804) serta platform penstriman sooka (Live streaming). Dengan 228 perlawanan bakal bersiaran secara langsung dalam definisi tinggi (HD), peminat boleh mengikuti setiap jaringan, detik dramatik dan aksi terbaik dari mana-mana sahaja — sama ada di rumah, di stadium atau di hujung jari menerusi pek Astro One dan sooka (percuma & berbayar).

Terdapat juga beberapa perlawanan terpilih di mana rangkaian RTM melalui saluran TV Okey dan Sukan RTM serta live streaming di RTMKlik akan menyiarkan siaran langsung perlawanan.

13 pasukan akan bersaing untuk merebut juara Liga Super 2026 – 2027 kali ini dengan pasukan JDT adalah juara bertahan untuk dua belas (12) tahun berturut-turut setelah buat pertama kalinya menjuarai edisi 2014 terdahulu. 16 pasukan pula akan bersaing untuk Liga A1 Semi-Pro, liga Divisyen 2 bolasepak Malaysia.

Tarikh Penting Liga Malaysia Musim 2026-2027

Liga Super 2026-2027 Malaysia

Liga Super Malaysia 2026-2027 edisi ke-23 akan memulakan aksi pada 22 Ogos 2026 di mana Johor Darul Takzim akan bertemu dengan Kuching City FC pada aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah perlawanan Sumbangsih. Liga Super Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan pada musim ini 12 pasukan telah layak bertanding. Juara akan layak ke Liga Elit Juara-Juara Asia AFC 2027-2028 (ACLE).

Piala Malaysia 2026-2027

Ianya merupakan edisi ke 98 kejohanan dilangsungkan dengan JDT adalah juara bertahan selepas menewaskan Kuching City pada aksi final tahun 2025-2026.

Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2026 – 2027

Buat peminat bolasepak, berikut dikongsikan jadual perlawanan Liga Super Malaysia tahun 2026 bermula dari perlawanan pertama dan seterusnya yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Ianya melibatkan perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA 2026.

Liga Super Perlawanan Ke 3 (LS3)

LS3 – 4 Sept 2026
PerlawananTVHariWaktu
JDT Vs DPMM FCAstro Arena Bola 803, Astro GO, SookaJumaat8.15 PM
Kelantan Red Warriors Vs KL City FCAstro Arena Bola 804, Astro GO, SookaJumaat8.15 PM
LS3 – 5 Sept 2026
Negeri Sembilan FC Vs Star City FCAstro Arena Bola 804, Astro GO, SookaSabtu4.45 PM
Sabah FC Vs Kuching City FCAstro Arena Bola 803, Astro GO, SookaSabtu7.30 PM
Terengganu FC Vs Penang FCAstro Arena Bola 804, Astro GO, SookaSabtu9.00 PM
LS3 – 6 Sept 2026
Selangor FC Vs Melaka FCAstro Arena Bola 803, Astro GO, SookaAhad8.15 PM

Piala Malaysia 2026 Suku Akhir Pertama (QF1)

QF1 (6 Feb 2026)
PerlawananTVHariWaktu
Terengganu FC Vs KL City FC (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin)Astro Arena Bola 803, Astro GO, SookaJumaat9.00 PM
QF1 (7 Feb 2026)
DPMM FC Vs Kuching City FC (Stadium Negara Hassanal Bolkiah)Astro Arena Bola 803, Astro GO, SookaSabtu8.15 PM
QF1 (8 Feb 2026)
Negeri Sembilan Vs Selangor FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman)Astro Arena Bola 803, Astro GO, Sooka, TV Okey, Sukan RTM, RTM KlikAhad9.00 PM
QF1 (13 Feb 2026)
JDT Vs Melaka FC (Stadium Sultan Ibrahim)Astro Arena Bola 803, Astro GO, SookaJumaat8.15 PM

Senarai Pasukan Liga Super Malaysia

Berikut adalah senarai pasukan yang akan bersaing merebut Juara Liga Super musim 2025-2026.

Klik pautan berikut untuk melihat senarai pemain:-

  1. JDT FC
  2. Selangor FC
  3. Negeri Sembilan FC
  4. Terengganu FC
  5. Kelantan The Real Warriors FC (TRW)
  6. Kuching City FC
  7. Sabah FC
  8. Penang FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. Star City FC
  11. DPMM FC (Brunei)
  12. Melaka FC

Maklumat Lanjut

Semoga persaingan Liga Malaysia musim kali ini lebih sengit dan mutu permainan pasukan dan pemain terus meningkat. Buat peminat bolasepak, anda boleh mengetahui result perlawanan lain seperti di bawah ini :-

  1. Piala Malaysia
  2. Piala FA Malaysia
  3. Liga A1 Semi-Pro
  4. Liga Perdana Inggeris (EPL)
  5. La Liga Sepanyol
  6. Bundesliga Jerman

Majulah sukan untuk negara. Semoga anda terhibur menyaksikan perlawanan Liga Malaysia 2026-2027 di kaca TV anda.

Rel : saluran rtm aksi perlawanan julai 2020 malaysia musim 2020 bola sepak unifi tv, johor darul takzim, jadual perlawanan berikut adalah jadual, unifi sports, aplikasi unifi

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor