Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri Di Malaysia

Berapakah kadar zakat fitrah tahun 2020 ini untuk seluruh negeri di Malaysia? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam.

Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran zakat fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

kadar zakat fitrah 1

Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Jenis Zakat Fitrah

  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020 Semua Negeri Di Malaysia 

Berikut dikongsikan Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri Di Malaysia :-

KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH
NEGERI 2020 (RM) 2019 (RM)
PERLIS ? 7.00
KEDAH ? 7.00/ 14.00/ 21.00
PULAU PINANG ? 7.00
PERAK ? 7.00/ 14.00/ 21.00
SELANGOR ? 7.00
WP KL, PUTRAJAYA & LABUAN ? 7.00
NEGERI SEMBILAN ? 7.00
MELAKA ? 7.00/ 14.00
JOHOR ? 7.00/ 14.00
PAHANG ? 7.00
KELANTAN ? 7.00
TERENGGANU ? 7.00
SABAH ? 7.00
TERENGGANU ? 7.00

NOTA

* Jika terdapat lebih satu kadar bayaran (Contoh Negeri Perak)

  1. Kadar minima yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah di negeri itu adalah RM7
  2. Bagaimanapun digalakkan pembayar zakat fitrah untuk membayar melebihi kadar berkenaan mengikut beras yang dimakan atas dasar ‘tatawwu’ (secara bahasa bermaksud melakukan ketaatan. Dari segi syari’at pula ianya bermaksud ketaatan yang tidak wajib berupa solat, sedekah, puasa, haji jihad dan sebagainya)
  3. Kadar bayaran RM14 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya.
  4. RM21 bagi pembayar menggunakan beras basmathi, beras Jepun, beras merah dan seumpamanya,”

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • 1. Islam dan merdeka.
  • 2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • 3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

  • 1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
  • 3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

  • 1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  • 2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  • 3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  • 4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  • 5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

SUMBER MAIJ

Semoga perkongsian Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri Di Malaysia bermanfaat buat semua. Jom bayar zakat fitrah…