Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Secara Online. Untuk makluman terdapat banyak bantuan zakat Selangor yang boleh di mohon oleh mereka yang berkelayakan.
Berikut disertakan informasi penting berkenaan dengan Permohonan Bantuan Zakat Selangor Secara Online yang perlu di buat kepada pemohon yang layak.
Permohonan Bantuan Zakat Online – Lembaga Zakat Selangor
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Zakat Selangor
Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor seperti berikut :
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
- Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).
- Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
Klik Kalkulator Kelayakan
Cara Memohon
Borang Permohonan yang telah lengkap perlulah diserahkan di Kaunter LZS yang berdekatan dengan anda. Setiap permohonan akan melalui Prosedur tertentu. Berikut adalah Carta Alir Proses Permohonan Bantuan Zakat.
Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :
- LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon
- Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat
- Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan
- Pemohon diluluskan/ditolak
- Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin
- Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor di mana Borang Permohonan boleh diperolehi di:
1. Kaunter LZS
- Ibu Pejabat LZS
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan - Talian Zakat Selangor: 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
Email: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Web: https://www.zakatselangor.com.my
ATAU di cawangan LZS berdekatan
2. Muat Turun Borang Secara Online
Borang Bantuan Zakat terbahagi kepada Borang Asnaf Fakir Miskin, Borang Asnaf Muallaf dan
Borang Asnaf Gahrim (Berhutang). Diantara sebahagian borang adalah seperti pautan berikut :-
- Borang Pendaftaran Asnaf Fakir Miskin
- Borang Maklumat Sewa Rumah
- Bantuan Kewangan Bulanan Asnaf Fakir Miskin
- Borang Akuan Hilang Pendapatan
- Bantuan Keperluan Pendidikan Sekolah Asnaf Fakir Miskin
Senarai lengkap borang boleh di muat turun atau di download di LZS
Soalan lazim boleh dirujuk di FAQ
Senarai Bantuan Zakat Selangor
Berikut adalah senarai bantuan zakat yang boleh dipohon :-
A. Asnaf Fakir dan Miskin
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Biasiswa Pelajaran
- Bantuan Keperluan Pendidikan
- Bantuan Sewa Rumah
- Saguhati Hari Raya
- Bantuan kewangan bulanan
- Pembinaan Rumah Individu
- Bantuan Modal Perniagaan
- Bantuan Makanan Bulanan
- Membaik Pulih Rumah
- Pembinaan rumah individu
- Bantuan Perubatan
- Kursus dan Latihan
- Bantuan Pengurusan Jenazah
- Bantuan Yuran Sekolah Rendah/Menengah
B. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
- Saguhati Hari Raya
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
- Bantuan Sewa Rumah
- Dermasiswa Muallaf
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Umum Pelajaran
- Pembinaan Rumah Individu
- Saguhati Galakan Saudara Baru
- Bantuan Modal
- Bantuan Perubatan Muallaf
- Kursus dan Latihan
- Pembinaan Rumah Berkelompok
- Pengurusan Jenazah
- Bantuan Berkhatan
C. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
- Bantuan Kepada Persatuan/Badan Islam
- Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah
- Bina/Baik Pulih Sekolah Agama
- Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR/T
- Dermasiswa Belajar Di Luar Negara
- Bantuan Keperluan Sekolah
- Program Penerapan Nilai-Nilai Islam
- Bantuan Peralatan Masjid/Surau
- Dermasiswa Huffaz Al-Quran
- Bantuan Pendidikan/Penerbitan
- Pembinaan/Baik Pulih Institusi Agama
- Bantuan Banjir
- Pembinaan Baik Pulih Masjid
- Bantuan Kebakaran
- Pembinaan Baik Pulih Surau
- Dermasiswa Pelajar Cemerlang
- Bantuan Karpet Masjid/Surau
- Bantuan Ribut
D. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
- Hutang Rawatan Dialisis
- Hutang Perubatan
- Hutang Kerana Keperluan Hidup
- Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
- Hutang Badan/Persatuan
E. Asnaf Ibni Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Bantuan yang boleh dipohon :-
- Bantuan Musafir
- Bantuan Tiket Pergi/Balik
- Bantuan Pelajar Luar Negara
F. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
G. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
Maklumat berkenaaan dengan Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online ini boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor.
Related : ketua keluarga, salinan kad pengenalan, atas talian, bantuan khas, meringankan beban, one off, perintah kawalan pergerakan pkp