Tarikh Mula Berpuasa Bulan Ramadhan 2021/ 1442H Di Malaysia. Bilakah tarikh mula puasa Ramadhan tahun 2021 di Malaysia? Menurut Kalendar Islam 2021 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Puasa Ramadhan 2021 pada 13 April 2021. Ianya jatuh pada hari Selasa, 1 Ramadhan 1442 Hijrah.
Walau bagaimanapun tarikh permulaan Ramadhan ini masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Ramadhan pada petang 29 Syaaban 1442H.
Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2021M/ 1442H Di Malaysia
Pengumuman tarikh mula puasa Ramadhan 2021 akan diumumkan/ diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam Isnin, 12 April 2021.
Berikut adalah tarikh rasmi 1 Ramadhan di Malaysia untuk tahun 2021 (1442H).
- Tarikh rasmi selepas pengumuman rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
- TARIKH PUASA RAMADHAN 2021 / 1 RAMADHAN 1442H Bersamaan dengan :
- Selasa, 13 April 2021 (Akan dikemaskini)
- TARIKH PUASA RAMADHAN 2021 / 1 RAMADHAN 1442H Bersamaan dengan :
Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan
Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah :-
Perlis
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
Selangor
- Bukit Melawati
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri Sembilan
- Telok Kemang, Port Dickson
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Johor
- Pontian Kechil
Pahang
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
- Bukit Pelindung, Kuantan
Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Putih
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu
Sarawak
- Tanjung Lubang, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Labuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Panduan Berpuasa Ramadhan
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan puasa Ramadhan :-
- Niat Puasa Dan Berbuka Puasa
- Jadual Berbuka Puasa dan Imsak seluruh negeri di Malaysia
- Cara Solat Sunat Terawih
Tarikh Penting Kalendar Islam 2021
Berikut adalah tarikh penting dalam Kalendar Islam 2021 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.
Diucapkan selamat berpuasa Ramadhan tahun 2021 buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa.
Related : hari isnin 12 april awal ramadhan majlis raja raja ditetapkan pada hari hari mula tarikh permulaan puasa melihat anak bulan ramadan permulaan puasa bulan ramadhan puasa di bulan, duli yang maha mulia, permulaan puasa bagi negeri tarikh melihat anak bulan perintah yang di pertuan pertuan agong, tan sri syed danial raja tan sri syed umat islam di malaysia akan mula besar raja raja tan syed danial syed ahmad