Panduan terkini dikemaskini pada

Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2022-2023

Berapakah kadar atau jumlah dividen dan bonus ASB 2023? Menjelang hujung tahun pasti dinantikan oleh pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pada waktu ini biasanya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar pengagihan dividen dan bonus ASB.

Untuk tahun 2023, kadar dividen dan bonus dijangka diumumkan pada minggu kedua atau selewat-lewatnya hujung bulan Disember 2023. Tarikh rasmi pengumuman akan dikemaskini. Pada tahun lepas, ianya telah diumumkan pada 22 Disember 2022. ASNB menerusi satu makluman telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 21 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023 bagi pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2023.

dividen asb

Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2023

Berikut adalah jumlah dividen dan bonus ASB dan ASN tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa buat panduan pelabur amanah saham ini.

Tahun 2023 (ASB)

  • Pengagihan Pendapatan : 4.25 sen/unit
  • Bonus : 1.00 sen/ unit
  • Jumlah pengagihan (Pulangan Efektif) : 5.25 sen/ unit

Dividen ASB 2023

Dividen ASB 2023 1

ASN 2021

  • 2.74 sen/ unit

Untuk rekod, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB tahun 2023 beserta rekod pengagihan untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2023.

Tahun Kadar Dividen ASB Kadar Bonus ASB JUMLAH
(sen : unit) (sen : unit) (sen : unit)
2023 4.25 1.00 5.25
2022 4.60 0.50 (30,000 unit pertama) 5.10
2021 4.25 0.75 5.00
2020 3.50 0.75+0.75 4.25
2019 5.00 0.5 5.50
2018 6.50 0.5 7.00
2017 7.00 0.25+1.00 7.25
2016 6.75 0.5 7.25
2015 7.25 0.5 7.75
2014 7.5 1 8.5
2013 7.7 1 8.7
2012 7.75 1.15 8.9
2011 7.65 1.15 8.8
2010 7.5 1.25 8.75
2009 7.3 1.25 8.55
2008 7 1.75 8.75
2007 8 1 9
2006 7.3 1.25 8.55
2005 7.25 1.75 9
2004 7.25 2 9.25
2003 7.25 2 9.25
2002 7 2 9
2001 7 3 10
2000 9.75 2 11.75
1999 8.5 1.50 + 2.00 (special bonus) 12
1998 8 2.5 10.5
1997 10.25 1.25 11.5
1996 10.25 3 13.25
1995 10 3 13
1994 9.5 4.5 14
1993 9 4.5 13.5
1992 7.5 5 12.5
1991 8.5 4 12.5
1990 8 6 14

Penangguhan Urusniaga ASB Dan ASN

Penangguhan urusniaga ASB dan ASN bagi tujuan penggagihan pendapatan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 adalah dari 21 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Semoga Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2023 yang diumumkan nanti mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua.