Semakan Keputusan Tawaran SBP 2019 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 11:30 AM

Panduan buat Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2010 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 30 September 2018. Pemohon boleh mengetahui atau menyemak keputusan permohonan SBP 2019 mereka selewat-lewatnya pada 21 Disember 2018.

Untuk semakan keputusan Tingkatan 4 SBP pula, keputusan pemilihan  dan penempatan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2019.

Semakan Keputusan Tawaran SBP

Semakan Keputusan Permohonan SBP 2019 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Semakan tawaran ke SBP 2019 akan di buka secara online mengikut tarikh berikut di mana pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di  http://www.moe.gov.my/.

SEMAKAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2019

TARIKH BUKA21 Disember 2018
TARIKH TUTUP-
APPLIKASI SEMAKANhttps://sst1.moe.gov.my/

SEMAKAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2019

TARIKH BUKA25 Januari 2019
TARIKH TUTUP
APPLIKASI PERMOHONAN/ SEMAKANhttps://sst4.moe.gov.my/

ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2019

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2019
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. MAKLUMAT KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D.   MAKLUMAT ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2019
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2019 kali ini. Juga anda berjaya dalam permohonan e-rayuan SBP 2019.