Panduan terkini dikemaskini pada

Carta Kedudukan Pingat Sukan SEA 2025 Terkini Malaysia

Sukan SEA yang merupakan antara acara sukan yang berprestij dalam rantau ASEAN bakal dilangsungkan buat kali ke 33. Negara Thailand telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara dwi-tahunan ini yang bakal dilangsungkan pada 9 hingga 20 Disember 2025. Edisi Sukan SEA kali ini memperlihatkan penganjuran sukan dan dipertandingkan di bandar utama Thailand iaitu di Bangkok dan Chonburi.

Ini merupakan kali ketujuh Thailand berjaya menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA. Kira-kira 10,543 atlet dari 11 negara anggota ASEAN akan berentap dalam 574 acara pingat yang merangkumi 50 jenis atau disiplin sukan berbeza.

Pasukan Malaysia melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengumumkan sasaran kontinjen Malaysia seramai 236 atlet yang akan dihantar pada Sukan SEA ke-33 adalah pungutan 200 pingat.

Carta Kedudukan Pungutan Pingat Malaysia Terkini Di Sukan SEA 2025 Thailand

SEA Games merupakan medium mempertemukan atlet dari negara-negara ASEAN untuk membina persahabatan dan rangkaian yang melangkaui dunia sukan.

Berikut merupakan carta kedudukan terkini Sukan SEA 2025 di Thailand serta jumlah pingat yang dipungut sebagai rujukan semua:

Acara pembukaan: 9 Disember 2025

Acara Penutup : 20 Disember 2025

Tuan Rumah: Thailand

Stadium Utama : Stadium Rajamangala

Motto: Ever Forward

Logo rasmi Sukan SEA idireka oleh Thiranop Wangsillapakun dari TNOP Design.

Konsep logo ialah “Play by the rules” yang melambangkan prinsip disiplin dan permainan adil dalam sukan, serta kreativiti dan inovasi yang berkembang dalam batasan tertentu.

Logo ini menggabungkan corak lapangan sukan dengan motif tradisional Thai seperti corak bumbung berteras tiga yang menyerupai obor berapi, menggambarkan hubungan antara sukan, budaya, dan identiti nasional Thailand.

Maskot rasmi dinamakan “The Sans,” terdiri daripada lima watak dengan warna hijau, biru, merah, kuning, dan merah jambu, yang mewakili kepelbagaian masyarakat Thai.

Rekabentuk maskot menggunakan corak geometri yang diilhami dari motif tradisional Thai, menggabungkan unsur moden dan identiti budaya Thai.

Maskot ini melambangkan perayaan, kreativiti, hubungan budaya, dan promosi kepelbagaian melalui sukan dan masyarakat.

Senarai Acara Yang Dipertandingkan Di Sukan Sea 2025

Senarai acara yang dipertandingkan di Sukan SEA 2025 adalah seperti berikut

Akuatik√ Bola Sepak√ Golf√ Terjun√
Angkat Berat√ Renang√ Gimnastik Memanah
Badminton Bola Jaring√ Ekuestrian√ Menembak√
Bola Tampar√ Bola Tampar Pantai Judo√ Muay Thai√
Bola Keranjang Biliard & Snuker Karate√ Olahraga
Sukan Ekstrem Pentatlon Moden√ Petanque√ Ping Pong√
Triatlon√ Sepak Takraw√ Kriket√ Boling
Tinju Pencak Silat√ Tinju Tendang√ Taekwando
Mendayung√ Tenis Kanu√ Floorball√
e-Sports√ Lawan Pedang√ Besbol & Sofbol√ Lumba Basikal√
Catur√ Kabaddi Futsal√ Bola Baling√
Hoki√ Hoki Ais Luncur Ais√ Jujitsu√
Ragbi 7’s√ Lumba Layar Skuasy√ Taekwondo√
Woodball√ Gusti Wushu√

Carta kedudukan pingat Sukan SEA 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Carta Kutipan Pingat Terkini Mengikut Negara Di Sukan SEA 2025 Thailand

Negara  Emas Perak  Gangsa Jumlah
Vietnam
Thailand
Indonesia
Kemboja
Filipina
Singapura
Malaysia
Myanmar
Laos
Brunei
Timor Leste
Jumlah

Kedudukan Setakat

Hari Isnin, 8 Disember 2025 : 1000PM