Keputusan EPL 2026/ 2027 Terkini Jadual Carta Kedudukan

Berita baik buat peminat bolasepak. Musim baru EPL atau Liga Perdana Inggeris (English Premier League) musim 2026/ 2027 akan bermula pada awal pagi Sabtu, 22 Ogos 2026. Sebagai panduan dan rujukan, berikut dikongsikan Keputusan EPL 2026/ 2027 Liga Perdana Inggeris beserta jadual perlawanan waktu Malaysia dan carta kedudukan pasukan. Penjaring terbanyak EPL boleh dirujuk di EPL Top Scorer.

Pasukan Arsenal di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Mikel Arteta merupakan juara bertahan Liga EPL musim lalu mengatasi Man City dengan kelebihan 7 mata. Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merebut kejuaraan bolasepak terunggul di England iaitu Liga Perdana Inggeris. 4 pasukan teratas akan layak ke Champions League musim 2027/ 2028. Untuk musim ini, England akan diwakili oleh 5 pasukan iaitu  Arsenal, Man City, Man United, Aston Villa dan Liverpool.

EPL 2026/ 2027 Liga Perdana Inggeris (Keputusan Terkini, Jadual Perlawanan EPL Dan Carta Kedudukan)

Musim EPL 2026/ 2027 dimulakan dengan aksi perlawanan FA Community Shield di antara juara EPL, Arsenal dengan juara Piala FA, Man City pada 16 Ogos 2026.

Berikut adalah senarai pasukan yang bersaing untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2026-2027 musim ini. Antara pencabar kejuaraan EPL kali ini adalah Arsenal, Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, Spurs dan Newcastle.

Senarai Pasukan EPL 2026/ 2027

20 kelab akan bersaing musim ini dengan liga akan beroperasi menggunakan sistem “promotion” dan penyingkiran (relegation) bersama dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL). Musim liga berlangsung dari bulan Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan (Setiap kelab perlu bermain semua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat lawan). Sebilangan besar perlawanan dilangsungkan pada hari Sabtu dan Ahad.

Berikut adalah 20 pasukan yang akan beraksi pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini :-

  1. Arsenal
  2. Aston Villa
  3. Brighton & Hove Albion
  4. Bournemouth
  5. Chelsea
  6. Crystal Palace
  7. Everton
  8. Nottingham Forest
  9. Liverpool
  10. Manchester City
  11. Manchester United
  12. Newcastle United
  13. Brentford
  14. Ipswich Town
  15. Tottenham Hotspur
  16. Fulham
  17. Coventry City
  18. Hull City
  19. Leeds United
  20. Sunderland

Peta Pasukan EPL 2026-2027

Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan EPL 2026/ 2027

Berikut dikongsikan widget EPL Liga Perdana Inggeris musim ini yang memaparkan jadual perlawanan, keputusan terkini dan carta kedudukan pasukan.

Setiap pasukan akan mengutip 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri serta 0 mata untuk setiap kekalahan. Semua pasukan disusun kedudukan mengikut jumlah mata yang dikumpul, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.

* Tunggu sebentar sehingga widget result EPL berfungsi.

Jadual Perlawanan Terkini Dan Keputusan Live Score & Terkini

Kedudukan Carta Pasukan EPL

Senarai Juara EPL (Musim 1992/93 Hingga Musim 2025/26)

Berikut adalah grafik yang memaparkan senarai juara English Premier League untuk musim yang bermula dari 1992-93 sehingga 2025-26 yang didominasi oleh pasukan Man United, Man City, Arsenal dan Chelsea. Arsenal adalah pemenang pada musim lepas.

Selamat menyaksikan perlawanan EPL di kaca TV anda melalui saluran Astro. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan buat peminat bolasepak di Malaysia.

Rel : keputusan perlawanan bola sepak liga perdana inggeris epl, laliga copa del rey, argentina armenia aruba australia austria bundesliga, lesotho liberia libya liechtenstein lithuania, satu liga, iceland india indonesia iran iraq ireland, colombia costa rica croatia cuba curaçao cyprus, maldives mali malta martinique mauritania mauritius mesir mexico moldova mongolia montenegro mozambique myanmar namibia new zealand nicaragua niger nigeria norway oman pakistan palestin panama paraguay perancis ligue 1 peru poland, a betano bulgaria burkina faso,

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor