Dua kelab bolasepak terbaik Malaysia bakal mengharungi jadual perlawanan yang padat pada musim ini. JDT dan Selangor bakal menyertai ASEAN Club Championship (Juara Kelab ASEAN) atau dikenali sebagai Shopee Cup 2025-2026 bermula Ogos 2025.
Edisi kedua Shopee Cup™ akan sekali lagi menampilkan 14 juara liga kebangsaan dan pemenang Piala dari sembilan negara ASEAN. Ianya termasuk juara Malaysia Johor Darul Ta’zim FC, juara liga Vietnam berturut-turut Nam Định FC dan juara berganda Singapura Lion City Sailors, yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai Juara Kelab ASEAN.
Pertandingan akan bermula dengan perlawanan play-off pusingan kelayakan pada 8 dan 15 Ogos yang melibatkan kelab dari Brunei Darussalam, Laos, Myanmar dan Filipina. Pemenang akan mara untuk menyertai 10 kelab terbaik ASEAN dari Kemboja, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam peringkat kumpulan, yang bermula pada 20 Ogos.
Malangnya, Indonesia tidak dapat menyerahkan borang pendaftaran Shopee Cup Musim 2025/26 yang diperlukan kepada AFF sebelum tarikh akhir. Oleh itu, kelab-kelab Indonesia tidak dapat dimasukkan dalam Undian Rasmi peringkat kumpulan sekaligus mereka tidak akan bertanding dalam kejohanan tersebut.
Keputusan Shopee Cup 2025-2026 : Format, Keputusan Undian Kumpulan & Perlawanan Play-off
Peringkat kumpulan Shopee Cup 2025 – 2026 akan menggunakan format pusingan tunggal, dengan setiap pasukan bermain tiga perlawanan di tempat sendiri dan tiga perlawanan di tempat lawan. Pada mulanya, empat pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke suku akhir. Walau bagaimanapun, berikutan penarikan pasukan Indonesia, peringkat suku akhir telah dibatalkan. Sebaliknya, hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir.
Jadual perlawanan play-off pusingan kelayakan Shopee Cup™ dan penempatan pasukan untuk peringkat kumpulan telah ditentukan pada Cabutan Rasmi seperti berikut:
Perlawanan Play-off
- Kasuka FC (Brunei) Vs Dynamic Herb Cebu FC (Filipina)
- Ezra FC (Laos) Vs Shan United FC (Myanmar)
Keputusan Undian Kumpulan Piala Shopee 2025-2026
Pada undian pada 4 Julai 2025 di Bangkok, Thailand, empat belas pasukan telah diundi ke dalam dua kumpulan yang mengandungi enam pasukan setiap satu.
Pasukan dari negara yang sama tidak boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama; memandangkan terdapat tiga kelab Thailand dalam peringkat kumpulan, maksimum dua daripadanya boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama, dengan salah satunya mestilah pemegang gelaran, Buriram United.
Keputusan Shopee Cup 2025 – 2026 : JDT & Selangor
Berikut adalah jadual Piala Shopee dan keputusan perlawanan melibatkan dua pasukan wakil Malaysia iaitu JDT dan Selangor seperti berikut :-
Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Kumpulan
Tarikh | Masa | Team 1 | Keputusan | Team 2 |
JDT | ||||
21 Ogos | 530PM | JDT | – | Lion City Sailors |
25 Sept | 530PM | JDT | – | Bangkok United |
4 Dec | 8PM | Svay Rieng | – | JDT |
29 Jan 26 | 530PM | JDT | – | TBD |
5 Feb 26 | 830PM | Nam Dinh | – | JDT |
SELANGOR FC | ||||
20 Ogos | 8PM | Buriram United | – | Selangor |
24 Sept | 9PM | Selangor | – | Tampines Rovers |
3 Dec | TBD | TBD | – | Selangor |
28 Jan 26 | 830PM | Selangor | – | CAHN |
4 Feb 26 | 7PM | Selangor | – | BG Pathum |
Carta Kedudukan Pasukan
Berikut adalah carta kedudukan pasukan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor untuk aksi di Piala Shopee 2025-2026.
KUMPULAN A
PASUKAN | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
Buriram United (THA) | ||||||||
BG Pathum United (THA) | ||||||||
Selangor (MAS) | ||||||||
CAHN (VIE) | ||||||||
Tampines Rovers (SIN) | ||||||||
TBD |
KUMPULAN B
PASUKAN | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
Bangkok United (THA) | ||||||||
JDT (MAS) | ||||||||
Nam Dinh (VIE) | ||||||||
Lion City Sailors (SIN) | ||||||||
Svay Rieng (CAM) | ||||||||
TBD |
Separuh Akhir 1 & 2
Tarikh | Masa | Team 1 | Keputusan | Team 2 |
SEMI-FINAL FIRST LEG | ||||
TBD | -PM | TBD | – | TBD |
TBD | -PM | TBD | – | TBD |
SEMI-FINAL 2ND LEG | ||||
TBD | -PM | TBD | – | TBD |
TBD | -PM | TBD | – | TBD |
FINAL SHOPEE CUP 2025-2026
Tarikh | Masa | Team 1 | Keputusan | Team 2 |
FINAL FIRST LEG | ||||
TBD | -PM | TBD | – | TBD |
FINAL 2ND LEG | ||||
TBD | -PM | TBD | – | TBD |