Panduan terkini dikemaskini pada

Keputusan Tilawah Al-Quran 2025 Peringkat Antarabangsa (MTHQA)

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Tahun 1447H / 2025M akan berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) dari 2 hingga 9 Ogos 2025 dengan keputusan siapa johan Qari dan Qariah menjadi tumpuan.

Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2025 memasuki edisi ke-65 dengan menyaksikan penyertaan 71 72 peserta dari 49 50 buah negara yang membuktikan MTQHA semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa. 40 daripada peserta akan menyertai kategori Tilawah al-Quran manakala 32 lagi bertanding dalam kategori Hafazan al-Quran 30 juzuk.

Pada tahun ini, Malaysia diwakili oleh empat peserta, iaitu Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Terengganu) bagi kategori Tilawah manakala Muhammad Adib Ahmad Rozaini (Perak) dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif (Kelantan) untuk kategori Hafazan.

Bertemakan “Membangun Ummah Madani – Aspirasi Bangsa, Citra Islam” , Majlis Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Ogos pukul 8.55 minit malam.

Antara acara menarik yang turut diadakan termasuk program World Quran Symposium (WQS), menampilkan Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Sheikh Dr Salah Muhammad al-Budair.

Siaran Langsung Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 2025

MTHQA akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV AlHijrah serta saluran digital dan radio termasuk Facebook, TikTok dan Radio Nasional FM.

Keputusan Penuh Senarai Pemenang Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2025/1447H

Berikut adalah senarai penuh bagi pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Tahun 1447H / 2025M yang berlangsung bermula dari 2 hingga 9 Ogos 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur (KLCC).

MTHQA kali ini akan dihakimi oleh 20 orang juri dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain.

MTHQA 65 menawarkan RM40,000 kepada Johan Qari dan Qariah, RM30,000 kepada Naib Johan, dan RM20,000 bagi tempat ketiga, beserta hadiah iringan, cenderamata dan sijil. Nilai sama turut diperuntukkan untuk kategori hafazan.

Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447H/2025M

*Keputusan penuh akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi pada hari terakhir MTHQA

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 malam, Sabtu 9 Ogos 2025.

Kedudukan Pemenang Markah Negara
Kategori Tilawah Lelaki (Qari)
Johan Qari Aiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan 97.01% Malaysia
Naib Johan Qari Ahmad Azroi Hasibuan 95.13% Indonesia
Ketiga Qari Muhammed Yahya Yildizhan 93.88% Turkiye
Kategori Tilawah Wanita (Qariah)
Johan Qariah Wan Sofea Aini Binti Wan Mohd Zahidi 95.88% Malaysia
Naib Johan Qariah Fatima Zahra Assafar 89.38% Maghribi
Ketiga Qariah Nur Rahmiyatin Adhya 87.59% Indonesia

Keputusan Penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447H/2025M

Kategori Hafazan Lelaki (Hafiz)
Kedudukan Pemenang Negara
Pertama Usamah Barghouth – 98.25% Jerman
Kedua Mohammad Abdullah Masasati – 98.01% Syria
Ketiga Mohammad Jamil Farhat – 97.25% India
Kategori Hafazan Wanita (Hafizah)
Kedudukan Pemenang Negara
Pertama Tasneem Omar Arian – 97.5% Syria
Kedua Putri Auni Khadijah Binti Mohd Hanif – 96.75% Malaysia
Ketiga Najway Ali Zaydan Alkourbu – 95.51% Libya

Siaran Langsung MTHQA 2025