Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 14 Oktober 2018 jam 03:48 PM

Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 2019 Online
Rate this post

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 2019-2020 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2019. Melalui makluman SPS – Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT), adalah dimaklumkan yang semakan keputusan permohonan murid ke Tahun 1 Ambilan 2019 boleh disemak secara online.

Tarikh semakan adalah bermula dari 15 September 2018 untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja. Untuk negeri-negeri lain, tarikh semakan keputusan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1

Semakan Keputusan Permohonan Ke Tahun 1 Ambilan 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting untuk ibu bapa atau penjaga dalam membuat Semakan online Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2019:-

  • Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah Putrajaya sesi kemasukan 2019 boleh disemak mulai 15 September 2018. Penempatan hanya kepada penduduk Putrajaya sahaja.
    • Rayuan penempatan bagi sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat di atas talian mulai 15 hingga 30 September 2018.
  • Negeri-negeri lain : Tarikh semakan adalah pada (Akan dikemaskini)

Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan ikuti langkah seperti berikut :-

  • LOG MASUK – TAHUN 1 – SEMAK PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 telah dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang sebelum ini dibuat melalui sekolah secara manual.

Selamat membuat semakan dan semoga anak anda berjaya dalam permohonan ke Tahun 1 ambilan 2019. Moga pendaftaran anak anda berjaya.