Panduan terkini dikemaskini pada

Niat Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah & Tarikh Di Malaysia 2025

Bilakah tarikh puasa dan bagaimana niat puasa Arafah 2025? Puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji dan ianya mempunyai ganjaran yang besar.

“Puasa itu (Puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan akan datang” (HR Muslim).

Arafah adalah daerah terbuka dan luas di sebelah timur luar kota suci umat Islam di Mekkah, Arab Saudi. Di padang yang luas ini, pada tanggal 9 Zulhijah akan berkumpul lah lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia untuk melaksanakan ibadah haji, iaitu ibadah Wukuf.

Pada waktu ini juga, sebahagian Jemaah dari Malaysia – mungkin juga ada kalangan ahli keluarga kita – telah pun berada di Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah haji. Marilah kita mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mereka untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.

puasa hari arafah

Tarikh Puasa Hari Arafah 2025 Di Malaysia

Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah 1446 Hijrah mengikut waktu Malaysia (Kalendar Islam) yang jatuh pada tarikh berikut :-

  • Puasa sunat Hari Arafah bagi umat Islam di Malaysia pada tahun 2025 jatuh pada hari Jumaat, 6 Jun 2025, bersamaan 9 Zulhijjah 1446H

Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha 2025 pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah :-

niat puasa hari arafah

  • Sahaja akau berpuasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala (Tiada niat khusus).

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

  • صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” [Hadith Riwayat Muslim]

Hari Arafah adalah hari pada saat umat Islam yang sedang berhaji melaksanakan wukuf di Arafah. Hari ini memiliki keutamaan yang sangat besar dalam Islam, baik bagi jama’ah Haji mahupun umat Islam lainnya.

kelebihan puasa arafah

Diantara kelebihan Puasa Hari Arafah adalah speerti berikut :-

  1. Puasa Arafah adalah satu jalan/ ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar
  2. Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadah haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada Hari Arafah
  3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah di mana sepanjang tempoh ini segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberikan ganjaran yang lebih besar apabila dilakukan pada bulan-bulan lain

Digalakkan juga untuk memperbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah”

Semoga perkongsian Niat ini bermanfaat buat semua. Selamat berpuasa sunat Arafah.