Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2018 jam 08:14 AM

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha
Rate this post

Berikut dikongsikan cara lafaz atau bacaan takbir raya buat panduan umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Puasa Aidilfitri. 1 Syawal merupakan tarikh yang istimewa buat umat Islam setelah melaksanakan puasa sebulan Ramadhan. Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.

Takbir hari raya Aidilfitri berbeza dengan takbir hari raya Aidiladha. Takbir hari raya Aidilfitri bermula pada Maghrib malam satu Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Takbir hari raya Aidiladha pula dilakukan bermula selepas selesai solat Subuh 9 Zulhijjah sehinggalah selesai solat Asar 13 Zulhijjah.

takbir raya

Cara Lafaz Takbir Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu:

a. Membanyakkan Ucapan Takbir

Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185) Sabda Rasullullah s.a.w. pula: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid.” Di dalam kitab-kitab Fiqh dijelaskan, takbir hari raya itu terbahagi kepada dua:

  • 1. Takbir Mursal: Ia sunat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim atau musafir, di masjid atau di jalan, dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktunya bermula dari ghurub matahari akhir Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat ‘Id didirikan pada esok hari. Demikian juga bagi Takbir ‘Id Al-Adhha (Hari Raya Qurban) sunat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat ‘Id Al-Adhha dilaksanakan.
  • 2. Takbir Muqaiyad: Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunat dilafazkan setiap kali selesai solat. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9) dan berakhir selepas Asar 13 Zulhijjah.

Bila Kita Boleh Bertakbir Untuk Hari Raya?

Umat Islam disunatkan agar bertakbir bermula dari malam Hari Raya (selepas masuk waktu Maghrib). Bagi Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tempoh bertakbir adalah sehingga Imam mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri pada pagi raya.

Sedangkan Hari Raya Haji pula, tempoh bertakbir adalah sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada hari yang ke-13 Zulhijjah.

  • Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

  • takbirraya2
  • takbir raya
  • Takbir Raya Dalam Rumi

    Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
    La ilaha illa Allahu wa Allahu akbar,
    Allahu akbar walillahi ilham x 3

    Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira,
    Wa subhanallahi bukrata wa asila

    La ilaha illa Allahu wa na’budu illa iayyahu, muhlisina
    lahuddin , walau karihal kafirun

    La ilaha illa Allah hu wahdahu , sodaqo wa’dahu, wa nasoro
    ab’ dahu

    Wa a a’zza jundahu wahazamal akhzaba wahdahu
    La ilaha illa Allahu Allahu akbar, Allahu akbar walillahi
    ilhamdu

    Erti Takbir Hari Raya

    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
    Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah
    Maha Besar,

    Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
    Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang
    Teramat Banyak,

    Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
    Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah
    melainkan Dia,

    Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun
    dibenci oleh orang-orang kafir,

    Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati
    janjiNya, Yang Menolong hambaNya,

    Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera alAhzab
    dengan sendiri (KekuasaanNya),

    Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah
    Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Kepentingan Takbir

Bertakbir dianggap penting sebagai:

  1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah.
  2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan.
  3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia.
  4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan.
  5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.

Semoga panduan Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha ini bermanfaat buat semua.