Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

Panduan terkini dikemaskini pada 20 November 2018 jam 12:53 PM

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS
Rate this post

Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2018 diumumkan? Semakan Online dan SMS result UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)? Berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun yang lepas, keputusan UPSR 2018 dijangka diumumkan pada satu tarikh pada bulan November 2018.

Peperiksaan UPSR 2018 telah diadakan pada bulan September 2018. Pada tahun lepas, keputusan UPSR 2017 telah diumumkan pada hari Khamis iaitu pada 23 November 2017.

Untuk makluman, peperiksaan UPSR 2018 telah diadakan pada 20, 24, 25,26 dan 27 September 2018. Seramai 440,743 orang calon telah mendaftar menduduki UPSR tahun ini di 8,100 pusat peperiksaan yang dibuka diseluruh negara.

Seramai 54,253 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

semakan keputusan upsr

Cara Semak Keputusan UPSR 2018 Dan Tarikh Rasmi

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR 2018 melalui beberapa kaedah semakan. Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2018 diumumkan. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik(PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif yang Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2018 Diumumkan : Hari Khamis, 29 November 2018
  • Tahun 2017 : 23 November 2017 – Khamis (Tahun 2016 pada 17 November 2016 (Khamis))

Contoh Semakan Keputusan UPSR 2018 Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS 15888.

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2018 ini akan diaktifkan bermula dari tarikh keputusan UPSR diumumkan iaitu dari 1000 pagi, 29 November 2018 sehingga 600 petang, 8 Disember 2018.

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan UPSR 2018 Online 

Sistem semakan akan dikongsikan (jika ada disediakan) pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

  1. Klik SPPAT
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan

Kenyataan Media KPM : Peperiksaan UPSR 2018

Beriku adalah kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 24/9/2018 berkaitan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2018.

Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara.

UPSR merupakan suatu check point untuk menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah.

Fokus utama KPM terhadap UPSR adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama 6 tahun di sekolah rendah.

UPSR bukanlah suatu peperiksaan pada peringkat persijilan, justeru KPM berhasrat mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan dan tidak menjadikan UPSR sebagai penilaian yang high stake sehingga memberikan tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.

Sehubungan dengan itu, liputan media secara besar-besaran dikhuatiri akan menyebabkan hasrta KPM tidal dapat dicapai. Pihak media diharapkan dapat membantu KPM dengan menyampaikan maklumat tentang tujuan dan tarikh-tarikh penting sesuatu peperiksaan dilaksanakan. Ini termasuklah memberikan kefahaman tentang sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan dan maklumat awal tentang tiada Majlis Sidang Media bagi pengumuman keputusan UPSR pada tahun ini 2018. Kerjasama semua pihak media sangat dihargai dan diucapkan terima kasih

Kenyataan Media PPSR

kenyataan media keputusan upsr 2018

Nota

Mulai tahun 2017: Keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan. Klik BORANG SEMAK SEMULA UPSR

Buat pelajar Darjah 6 tahun 2018, selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2018 secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.