Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan STAM 2020 Secara Online Dan SMS

Bila tarikh semakan keputusan STAM 2020 keluar? Pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020 (STAM) pasti menunggu tarikh keputusan diumumkan dengan penuh debar. Berdasarkan kepada tarikh tahun sebelumnya, result STAM dijangka diumumkan pada bulan Januari 2021. Namun disebabkan pandemik COVID-19, tarikh semakan telah dianjak ke pertengahan tahun iaitu Jun 2021.

Untuk tahun 2019, tarikh rasmi keputusan adalah pada hari Rabu, 22 Januari 2020 selepas pengumuman rasmi dari Portal KPM. Semakan result peperiksaan boleh disemak melalui kaedah SMS ataupun pelajar boleh mendapatkan keputusan secara atas talian.

keputusan stam

Cara Semak Keputusan STAM 2020 Secara Online & SMS

Berikut dikongsikan tarikh penting Semakan Keputusan STAM 2020 yang akan diumumkan pada tarikh berikut:-

  • 2020: 17 Jun 2021, Hari Khamis bermula jam 1000 pagi
  • 2019 : 22 Januari 2020, Hari Rabu bermula jam 1000 pagi
  • 2018 : 17 Januari 2019, Hari Khamis bermula jam 1000 pagi
  • 2017 : Hari Khamis, 18 Januari 2018 bermula jam 1000 pagi
  • 2016 : Hari Khamis, 19 Januari 2017, bermula jam 1000 pagi

Kaedah/ Cara Mendapatkan Keputusan Peperiksaan STAM

Menerusi makluman Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i) Online

Semakan secara dalam talian disediakan di link applikasi di bawah ini untuk pelajar mendapatkan keputusan penuh.

ii) Melalui SMS

Semakan keputusan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS.

Berikut adalah cara membuat semakan ringkasan keputusan peperiksaan melalui SMS:

Taip STAM <jarak>[No Kad Pengenalan] <jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 68886

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan sehingga jam 600 petang pada 23 Jun 2021.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Ranking STAM 2020 (Sekolah Terbaik)

  1. Kolej Islam Sultan Alam Shah : 1.46
  2. SMA Al-Maarif : 1.74
  3. SMA Parit Raja : 1.90
  4. SAMTTAJ Shah Alam : 1.94
  5. SABK Maahad Al-Mizan : 1.94
  6. SABK Al Ulum Al-Syar’iyyah : 2.06
  7. SMA Atas Sultan Zainal Abidin : 2.07
  8. SAMT Sultan Hisamuddin : 2.09
  9. SAMT Tg Ampuan Rahimah : 2.09
  10. SAM (Arab) An Nur : 2.20

SUMBER : FB SAMT Sultan Hisamuddin

Semoga pelajar yang telah menduduki Peperiksaan STAM 2020 ini berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi membolehkan mereka untuk membuat Permohonan UPUonline 2021 ke IPTA, Politeknik dan ILKA yang akan dibuka semula pada bulan Jun 2021 nanti. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.