Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan STPM 2024 / 2025 Online Dan SMS (Keseluruhan)

Semak Keputusan STPM 2024 Keseluruhan Secara Online Dan SMS. Anda seorang pelajar yang telah menduduki peperiksaan STPM tahun 2024 yang lalu? Berita baik buat anda. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM boleh disemak secara dalam talian atau online di portal rasmi majlis peperiksaan malaysia mpm serta khidmat SMS.

Melanjutkan pengajian ke Form 6 merupakan salah satu hala tuju pendidikan murid yang telah menamatkan pelajaran di Tingkatan 5. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi membolehkan menyambung pengajian tinggi mereka ke UA/ IPTA yang diinginkan.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Latar Belakang : STPM sistem terminal telah mula dilaksanakan pada tahun 1982 di mana Sistem penggal STPM telah bermula pada tahun 2012 bagi kohort 2013.

Sistem Pengajian adalah selama tiga penggal dengan sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan. Calon perlu memilih minimum 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran. Tempoh pengajian adalah setahun setengah.

Sistem Pentaksiran adalah berdasarkan kepada peperiksaan penggal (Bertulis), Kerja kursus dan Peperiksaan Ulangan. Keputusan STPM, pilih keputusan terbaik antara peperiksaan penggal dan peperiksaan ulangan dan dijumlahkan bersama kerja kursus.

Sistem Gred merangkumi Gred A, A-, B+, B-, C+, C (Lulus penuh), Sistem Gred C-, D+, D (Lulus sebahagian) dan Gred F (Gagal)

Pengiktirafan STPM : Diiktiraf JPA untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk sambung pengajian Ijazah di IPTA/ IPTS serta diiktiraf oleh Cambrisge Assessment, UK untuk sambung Ijazah di IPT luar negara (Negara Komanwel dan bukan Komanwel). STPM adalah setaraf dengan A-Level Cambridge

PNGK ialah purata Nilai Gred Kesulruhan. Pengiraan PNGK adalah berdasarkan purata markah bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am. PNGK akan hanya tertera sekiranya calon menduduki sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

Cara Semak Result Keputusan STPM 2024/ 2025 Secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2024-2025 meliputi tarikh dan kaedah semakan keputusan STPM keseluruhan, semester 1, semester 2, semester 3 dan keputusan stpm ulangan U1 & U2.

Kaedah untuk calon mengetahui keputusan STPM calon adalah semakan secara atas talian.

Semakan boleh di buat dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula pada tarikh, masa dan pautan yang dikongsikan di bawah :-

i) STPM KESELURUHAN 2024

Tarikh Jam
24 Jun 2025, Hari Selasa
jam 11.30 Pagi
Pautan : Keseluruhan

Untuk membuat semakan : Masukkan Nombor Kad Pengenalan (KP) & No Angka Giliran

Tekan butang SEMAK

Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1100 pagi, pada tarikh result diumumkan  dengan menaip:-

  • STPM<jarak>(No Kad Pengenalan)<jarak>Angka Giliran
  • Contoh STPM 910325035243 A1201201
  • Hantar ke 15888

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada Grafik di bawah ini :-

stpm result 2024

ii) STPM SEMESTER 1 (S1) 2025

Tarikh Jam
20 Mac 2025
10:00 Pagi
Pautan : S1

iii) STPM SEMESTER 2 (S2) 2024

Tarikh Jam
15 Oktober 2024
10:00 Pagi
Pautan : S2

iv) STPM SEMESTER 3 (S3) 2024

Tarikh Jam
28 Mei 2025
10:00 Pagi
Pautan : S3

v) STPM ULANGAN U1 & U2 2024

Tarikh Jam
19 Mac 2025 (U1 2024) & 4 Julai 2024 (U2 2023)
10:00 Pagi
Pautan : U1 & U2

NOTA

Selain semakan secara atas talian di Portal MPM, pelajar boleh juga menyemak keputusan mereka melalui khidmat SMS seperti dikongsikan di atas.

Selamat membuat semakan keputusan STPM 2024 – 2025 secara online. Semoga calon berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Tahniah buat semua calon.

Rel : kad pengenalan dan angka giliran, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm tahun, taip stpm jarak, bermula jam, keputusan diumumkan, semakan melalui sms, pelajar pelajar,