Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2026 – 2027 Skuad Jang

Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2026 – 2027. Skuad Jang atau NS FC telah membuat perubahan besar dalam pembentukan pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2026-2027, dan kini mempunyai ketua jurulatih yang baharu dari Sepanyol iaitu Daniel Gimenez Alcaniz. Susulan kegagalan mencapai sasaran ditetapkan pada musim lalu di mana mereka hanya menamatkan saingan di tangga ke-7 daripada 13 pasukan yang bersaing dalam Liga Super, kehadiran beberapa pemain baharu termasuk pemain import bakal memberi nilai tambah kepada kekuatan NSFC musim ini.

Bekas pemain kebangsaan dan juga Kapten Negeri Sembilan FC (NSFC) Ahmad Khuzaimi Pieeitu menyifatkan sasaran pihak pengurusan kelab untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima Liga Super dianggap realistik dengan barisan pemain yang ditampilkan pasukan kali ini.

Gabungan pemain muda, tempatan berpengalaman dan import berkaliber dijangka membentuk skuad yang lebih kompetitif untuk menghadapi cabaran Liga Super musim depan. Pendekatan holistik ini turut memperlihatkan keseriusan kelab dalam memperkasa pembangunan jangka panjang bola sepak Negeri Sembilan.

Pemain seperti Akhyar Rashid yang dipinjamkan daripada Terengganu FC dilihat mampu meletakkan jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin lebih berbisa berdasarkan reputasi pemain berkenaan di pentas Liga M.

Selain itu, penampilan pemain muda baharu yang dibawa masuk antaranya Alif Mutalib, Rahman Daud, Umar Hakeem dan Hairiey Hakim mampu memberi nilai tambah kepada pasukan dalam menghadapi kempen yang dijangka lebih sengit pada musim baharu ini.

Jersi Baru NS FC 2026 -2027

Jersi rasmi Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk musim 2026/27 telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos 2026 oleh Warrix Malaysia di Seremban Prima Mall.

Jersi Home (Tuan Rumah) 2026/27

Warna Utama: Kuning kembali menjadi warna tema utama, melambangkan perpaduan pasukan, penyokong, dan adat.

Rekaan: Sentuhan aksen hitam dan merah pada bahagian bahu dengan corak geometri halus memberikan gaya retro yang kemas.

Harga: Sekitar RM159 bagi jersi pemain/peminat

Jersi Away (Luar Tempat Sendiri) 2026/27

Warna Utama: Rona biru klasik diinspirasikan daripada skuad legenda era 2010.

Rekaan: Digandingkan bersama warna merah pada bahagian sisi, kolar, dan lencana pasukan membawakan semangat juang #HobinJangHobin.

Jersi Home & Away Negeri Sembilan FC 2026/ 2027

Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2026 -2027 Skuad NS FC

Daniel Gimenez akan dibantu oleh Penolong Ketua Jurulatih Rajan Koran, dibantu oleh Mohammad Khairul Ismail, Irwan Fadzli Idrus dan Megat Amir Faisal Alkhalidy Ibrahim (Jurulatih Penjaga Gol).

Berikut adalah senarai pemain skuad NS FC 2026 – 2027 (skuad Jang) untuk musim Liga Malaysia 2026 – 2027.

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa dimana senarai rasmi boleh dirujuk di Facebook NSFC1923 & Portal Rasmi NS FC.

 SENARAI PEMAIN NEGERI SEMBILAN FC 2026 – 2027
NO

PENJAGA GOL

1Syahmi Adib Haikal (U23) √√
22Aqil Abdul Razak √√
30Azri Ghani √√
NO

PERTAHANAN

3Muhammad Ryaan Sanizal (Import ASEAN – Singapura) √√
4Park Yiyoung (Import ASIA – Korea Selatan) √√
5Kei Oshiro (Import ASIA – Jepun) √√
27Zainal Abidin Jamil √√
26Muhammad Hairiey Hakim Mamat √√
18Khuzaimi Piee (Kapten) √√
23Filip Chinzorig Andersen (Import ASIA – Mongolia) √√
28Ariff Ar-Rasyid Ariffin √√
33Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan √√
2Muhammad Raimi Shamsul √√

Senarai pemain NS FC untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

6Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal √√
7Takumi Sasaki (Import ASIA – Jepun) – Kapten √√
8Wai Lin Aung (Import ASEAN – Myanmar) √√
12Muhammad Afiq Fitri Jefry √√
14Akran Mahinan √√
17Muhammad Alif Abdul Mutalib √√
34Adam Haikal Azizol (U23) √√
21Haiqal Haqeemi Hairi (U23) √√
24Yuichi Hirano (Import ASIA – Jepun) √√
NO

PENYERANG (FORWARDS)

9Jovan Motika (Import Bosnia & Herzegovina) √√
10Luqman Hakim Shamsudin √√
13Yusuke Minagawa (Import ASIA – Jepun) √√
16Abdul Rahman Daud (U23) √√
19N. Javabilaarivin √√
20Mio Tsuneyasu (Import ASIA – Jepun) √√
32Akhyar Abdul Rashid √√
57Anuar Ceesay (Import Wales) √√
35Muhammad Izrin Ibrahim (U23) √√

Media Sosial Rasmi NSFC

Semoga senarai pemain Negeri Sembilan FC 2026-2027 ini mampu menaikkan nama skuad Jang dalam arena bola sepak di Malaysia tahun ini.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor