Senarai Pemain Sabah FC 2026 – 2027 Liga Malaysia

Senarai Rasmi Pemain Sabah FC 2026 – 2027. Kelab bola sepak Sabah (Sabah FC) akan beraksi di Liga Super Malaysia musim ini selepas menduduki tangga kesembilan pada aksi Liga Super musim lepas. Musim terbaik mereka adalah pada musim 2024-2025 di mana pasukan bimbingan ketua jurulatih masa itu, Martin Stano beraksi cemerlang namun gagal memintas pasukan tangga kedua, Selangor FC untuk slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Kini pasukan Sabah FC di bimbing oleh jurulatih, Juan Torres Garrido dan dibantu oleh Alto Linus, Johnny Dominicus dan Rozaimie Rohim (Jurulatih penjaga gol).

Kelab bola sepak Sabah (Sabah FC) pada tahun 2020 telah mempamerkan logo rasmi baharu menerusi akaun Facebook miliknya dan merupakan hasil karya peminat, Firzaruddin Zainal Abiddin yang dipilih daripada satu pertandingan.

Logo berbentuk bulat berasaskan warna rasmi bendera negeri Sabah iaitu merah, putih dan tiga ‘shade’ biru memaparkan Gunung Kinabalu sebagai simbol utama dengan perkataan ‘Sabah Football Club’ selain simbol bola sepak dengan bunga padi.

Jersi Sabah FC

Senarai Pemain Sabah FC 2026 – 2027 Skuad Sang Badak (Liga Super)

Beraksi di Liga Super memerlukan Sabah untuk memilih pemain-pemain terbaik bagi memberikan saingan kepada pasukan hebat seperti JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Terengganu FC dan pendatang baharu dari Brunei iaitu DPMM FC.

Senarai pemain Sabah FC bagi musim 2026/2027 melibatkan rombakan besar dengan mengekalkan 13 pemain utama serta membawa masuk beberapa wajah baharu dan import.

Sabah FC mengumumkan kehadiran lima pemain import baharu bagi menguatkan lagi skuad menjelang saingan Liga Malaysia musim 2026/2027, sekali gus membuktikan kesungguhan kelab untuk tampil lebih kompetitif dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Lima pemain yang menyertai Sang Badak ialah pemain tengah antarabangsa Filipina-Finland, Oskari Kekkonen, pertahanan dari Sepanyol Kike Lopez (Kadete), penyerang dari Korea Selatan Park Jungbin, penyerang dari Argentina Gonzalo Ignacio Di Renzo (Gonza) dan penjaga gol dari Argentina-Itali Juan Flere Pizzuti.

Kehadiran mereka dijangka memperkukuhkan setiap posisi utama pasukan, daripada benteng pertahanan, bahagian tengah, serangan sehingga ke posisi penjaga gol.

Berikut adalah senarai pemain skuad Sabah FC 2026 (skuad Sang Badak) untuk musim Liga Malaysia 2026 – 2027 beserta nama, posisi dan no jersi.

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa dimana senarai rasmi boleh dirujuk di Facebook Sabah FC.

 SKUAD SABAH FC 2026 – 2027
NO

PENJAGA GOL

22Juan Flere (Import Argentina) √√
31Damien Lim √√
1Ramzi Mustakim √√
NO

PERTAHANAN

3Rawilson Batuil √√
14Jose Angel Alonso Martin (Import Sepanyol) √√
2Abdul Hanafie Tokyo √√
13Dinesh Rajasingam √√
33Dominic Tan (Kapten) √√
34Enrique Lopez Fernandez (Import Sepanyol) √√
76Rozacklye Yanam √√
23Dane James Ingham (Import New Zealand) √√
72Mohd Shahrulnizam Abdullah (U20) √√

Senarai pemain untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

10Miguel Cifuentes (Import Sepanyol) √√
8Farhan Roslan √√
20Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam √√
5Oskari Johannes Kekkonen (Import  ASEAN – Filipina) √√
18Abdul Halim Saari √√
21Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin √√
9Jungbin Park (Import Korea Selatan) √√
88Rusdi Roslan √√
70Muhammad Fakrul Iman Naszari √√
NO

PENYERANG (FORWARD)

7Gonzalo Ignacio Di Renzo (Import Argentina) √√
28Darren Lok √√

Media Sosial Rasmi Sabah FC (Malaysia)

Semoga senarai pemain Sabah FC 2026 – 2027 ini mampu mengembalikan semula kegemilangan Sabah sebagai salah satu pasukan yang digeruni dalam arena bola sepak di Malaysia tahun ini.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor