Skuad Bolasepak Terengganu FC (TFC) yang hanya mampu menduduki tangga kelima (5) Liga Super Malaysia untuk musim lepas telah mempersiapkan pasukan menghadapi Liga Super 2026 – 2027 bulan Ogos ini. Beberapa muka baru telah mendandatangani kontrak baru dalam musim perpindahan pemain manakala beberapa pemain sediada telah dilepaskan ke pasukan lain dalam membentuk Senarai Pemain Terengganu 2026-2027 yang mantap.
Skuad “Sang Penyu” di bawah pengurus Zul Fadli Rozi dan di bawah kendalian Jurulatih Nafuzi Zain telah mengekalkan beberapa pemain musim lepas disamping menandatangani beberapa pemain baharu. Setiap kelab boleh mendaftarkan maksimum 30 pemain dengan 15 daripadanya boleh diisi dengan pemain-pemain import.

Senarai Pemain Terengganu FC Musim 2026 – 2027 Liga Malaysia
Skuad Terengganu FC bagi musim 2026/2027 menampilkan barisan pemain tempatan serta import baharu selepas pihak kelab melakukan rombakan besar dalam pasukan
Pihak pengurusan telah melepaskan seramai 17 pemain pada pertengahan Julai 2026 sebagai persiapan menghadapi cabaran Liga Malaysia bagi musim 2026/2027.
Antara pemain yang dilepaskan ialah Careca, Diego Landis, Engku Shakir, Ehson Panjshanbe, Shervoni Mabatshoev, Yan Mabella, Kyaw Min Oo, Hairiey Hakim, Saiful Jamaluddin dan Junior Sam Ngong.
Pemain lain ialah, Khalaif Naskam, Syahmi Zamri, Azziq Zahazani, Nazul Izamil, Akram Mahinan, Baqiuddin Shamsudin dan Haqimi Azim.
“Beberapa pemain yang masih berbaki kontrak termasuk Engku Shakir, Syahmi Zamri, Ehson Panjshanbe dan Shervoni Mabatshoev ditamatkan kontrak secara persetujuan bersama selepas memohon menyertai pasukan baharu.
Dalam masa sama, Akhyar Rashid yang masih mempunyai kontrak bersama kelab akan dipinjamkan ke pasukan lain sehingga tamat musim ini.
Berikut adalah senarai pemain skuad Sang Penyu yang bakal bersaing dalam Liga Malaysia 2026 – 2027. Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa :-
| NAMA & POSISI | |||
| NO | PENJAGA GOL | ||
| 29 | Syed Nasrulhaq Syed Bidin √√ | ||
| 1 | Rahadiazli Rahalim √√ | ||
| 38 | Suhaimi Husin √√ | ||
| NO | PERTAHANAN | ||
| 3 | Muhammad Ubaidullah Shamsul (U23) √√ | ||
| 5 | Shahrul Nizam Ros Hasni (Kapten) √√ | ||
| 15 | Muhammad Faris Rifqi Abdul Rashid √√ | ||
| 44 | Pape Abdoulaye Diakite (Import Senegal) √√ | ||
| 24 | Safwan Mazlan √√ | ||
| 23 | Azam Azmi Murad √√ | ||
| 25 | Alif Zakaria √√ | ||
| 4 | Denis Ngweni Ndasi Kadiang (Import Cameroon) √√ | ||
| 55 | Muhammad Zachary Zahidadil (U23) √√ | ||
Senarai pemain TFC untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-
| NO | TENGAH (MIDFIELD) |
| 10 | Victor Ruiz Abril (Import Sepanyol) √√ |
| 6 | Muhammad Faiz Mazlan √√ |
| 18 | Pavithran Gunalan (U23) √√ |
| 14 | Ahmad Haziq Kutty Abba (U23) √√ |
| 7 | Elvos Kamsoba (Import Burundi) √√ |
| 11 | Mateus Gustavo Sales De Jesus (Import Brazil) √√ |
| 20 | Habib Haroon (Import Asia – Bahrain) √√ |
| 8 | Manuel Gelito Ott (Import ASEAN – Filipina) √√ |
| 21 | Muhammad Danial Amier Norhisham √√ |
| 66 | Muhammad Danial Mohd Nor (U23) √√ |
| 88 | Nik Muhammad Sharif Haseefy √√ |
| NO | PENYERANG (FORWARDS) |
| 9 | Gervane Zjandric Adonnis Kastaneer (Import Curacao) √√ |
| 82 | Jordan Mintah √√ |
| 19 | Romel Morales √√ |
Media Sosial Rasmi Terengganu FC
Semoga skuad Terengganu FC musim ini mampu mencapai kejayaan di Liga Malaysia nanti.



