Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Pemain Selangor FC 2025/ 2026 Skuad The Red Giants

Senarai Rasmi Pemain Selangor FC 2025 – 2026. Pasukan Selangor juara Piala Malaysia 2015 dan dibawah bimbingan Presiden, Tengku Amir Shah kini dalam proses peralihan dalam menghadapi musim Liga Super Malaysia 2025 – 2026 yang dijangka sengit. Perlantikan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi pada musim lepas dilihat mampu mengembalikan kegemilangan pasukan The Red Giants yang sudah lama tidak menjulang mahkota Liga Super.

Kebanyakan pemain daripada musim lalu telah dikekalkan dengan beberapa pemain baharu telah dibawa masuk bagi menguatkan skuad Selangor musim ini. Bakal beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) memerlukan lebih ramai pemain berkualiti untuk bersaing dengan gergasi Asia. Namun beberapa pemain sah tidak akan bersama Selangor FC bagi musim hadapan seperti Ronnie Fernandez, Nikola Jambor dan Ali Olwan.

Sejarah Pasukan Selangor FC

Persatuan Bola Sepak Selangor atau lebih dikenali sebagai FA Selangor (FAS) (kini dikenali sebagai Selangor FC) adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Digelar sebagai Red Giants, Gergasi Merah atau Merah Kuning, persatuan ini ditubuhkan pada 22 Februari 1936 ketika dua entiti bola sepak; Liga Bola Sepak Persatuan Selangor (SAFL) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (SFA) bergabung untuk membentuk sebuah kelab baru.

Lambang persatuan ini diwakili oleh perisai dalam warna merah dan kuning tradisional Selangor. Warna merah melambangkan keberanian sementara yang terakhir mewakili kedaulatan Sultan Selangor. Kedua-dua warna ini juga sangat signifikan pada bendera negeri yang mengikut identiti Selangor. Logo itu kemudian dilengkapkan dengan menampilkan jata negeri di bahagian atasnya.

Sepanjang penubuhannya, pasukan bola sepak Selangor sarat dengan gelaran dan piala, memenangi banyak permainan dan kejohanan di persada bola sepak Malaysia. Jesteru, banyak legenda bola sepak negara yang pernah menyarung Merah Kuning, dengan lambang Selangor di dada mereka.

Ikon legenda dan pemain prolifik kebangsaan seperti Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Singh, Rusdi Suparman, Zainal Abidin Hassan, Mohd Amri Yahyah, Abdul Ghani Minhat, Soh Chin Ann, dan Arthur Koh pernah bermain untuk kelab ini.

Selangor sering kali disebut sebagai pasukan bola sepak paling berjaya di Malaysia kerana mereka telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 33 kali, 7 kali gelaran liga, 5 Piala FA, dan menjulang Piala Sumbangsih sebanyak 8 kali.

Pada tahun 2005, untuk pertama kalinya dalam sejarah Red Giants, FA Selangor berjaya memenangi treble di bawah bimbingan Dollah Salleh setelah mereka memenangi Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia dalam satu musim yang sama.

Selangor juga merupakan satu-satunya pasukan dalam sejarah Malaysia yang bermain di pentas final Asian Champion Club Tournament (kini dikenali sebagai AFC Champions League) untuk edisi sulungnya pada tahun 1967- sekaligus membawa nama kelab Malaysia ke peringkat Asia.

Sejak tahun 1985, FA Selangor telah bekerjasama dengan banyak jenama dan entiti perniagaan yang hebat sebagai penaja utama mereka seperti Dunhill, EON. Celcom Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Telekom Malaysia (TM), Menteri Besar Selangor Incorperated (MBI) dan PKNS. Pada masa yang sama, Selangor telah memakai pelbagai jenama kit seperti Admiral, PUMA, Adidas, Lotto, Kappa dan yang terbaru, Joma.

Selama bertahun-tahun, Selangor telah memanggil banyak tempat terkenal sebagai ‘rumah’ mereka seperti Stadium TCPA (1951-1957) dan Stadium Merdeka (1957-1994), sebelum berpindah ke Stadium Shah Alam pada tahun 1995. Sejak Stadium Shah Alam kini sedang dalam proses pengubahsuaian, Selangor berpindah ke Stadium UiTM pada tahun 2020, kemudian ke Stadium MBPJ yang menjadi ‘venue home’ mereka untuk musim 2021.

Pada masa yang sama, pemerkasaan semula FA Selangor pada era moden telah dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia, dan juga presiden pertama persatuan ini.

Pada tahun 2018, sejarah baru FAS tercipta apabila Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil alih jawatan pengurusan tertinggi kelab dan memulakan revolusi baru untuk membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi, demi mengembalikan kegemilangan dan menjadikan kelab ini lebih lestari.

Dua tahun kemudian, pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dipisahkan dari entity persatuan bola sepak dan diiktiraf sebagai kelab bola sepak professional yang bebas, Selangor Football Club (SFC) yang mengekalkan hampir keseluruhan logo asalnya.

Kedua-dua persatuan bola sepak dan kelab bola sepak kini mempunyai visi dan misi tersendiri tetapi mempunyai matlamat yang sama untuk meningkatkan tahap bola sepak di negeri Selangor secara keseluruhannya.

SUMBER : The Red Giants

Senarai Skuad Pemain Selangor 2025 – 2026 Liga Super Malaysia

Sebagai sebuah pasukan yang paling berjaya di Malaysia, sudah tentunya pasukan Selangor – ‘The Red Giants’ akan terus mempamerkan persembahan terbaik untuk bersaing dengan pasukan hebat lain seperti Pahang, JDT, Kedah, Perak dan lain-lain lagi.

Ketua Jurulatih, Katsuhito Kinoshi, akan terus mengemudi skuad Gergasi Merah musim ini. Beliau akan bekerja rapat dengan barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan bagi memastikan Selangor FC mampu mencapai sasaran kelab sepanjang musim yang mencabar ini.

Bagi barisan kejurulatihan, Selangor FC mengekalkan Shahrom Kalam dan Marques Davidson sebagai Penolong Ketua Jurulatih, serta Dr Raja Mohammed Firhad sebagai Jurulatih Kecergasan. Ketiga-tiga mereka diberi kepercayaan penuh berikutan dedikasi, komitmen, dan bimbingan cemerlang yang ditunjukkan pada musim lalu.

Selain itu, Selangor FC turut mengalu-alukan kehadiran seorang Penolong Ketua Jurulatih baharu dari Jepun, Yuki Fujimoto. Beliau pernah berganding bahu bersama Katsuhito Kinoshi di Jepun dan China, dan kini akan menyumbang kepakarannya bersama skuad Gergasi Merah.

Turut menyertai barisan kejurulatihan Merah Kuning ialah Hamsani Ahmad, bekas pemain dan jurulatih Selangor, yang kembali menggalas tanggungjawab sebagai Jurulatih Penjaga Gol untuk musim ini.

Berikut adalah Senarai Pemain Selangor 2025 – 2026 mengikut posisi beserta nama dan jersi pemain.

*Maklumat akan dikongsikan dari masa kesemasa

 SENARAI PEMAIN SELANGOR 2025-2026
NO

PENJAGA GOL

20 Azim Al-Amin √
23 Samuel Somerville √
31 Sikh Izhan Nazrel (U23) √
33 Kalamullah Al-Hafiz √
NO

PERTAHANAN

2 Quentin Cheng √
3 Mohammad Abualnadi (Import Jordan) √
4 Richmond Ankrah (Import Ghana) √
14 Ahmad Zikri Khalili (U23) √
44 Sharul Nazeem Zulpakar √
55 Harith Haiqal Adam Afkar (U23) √
5 Kevin Deeromram (Import Thailand) √
22 Moses Raj Michel Dass (U20) √
32 Muhammad Raimi Shamsul (U23) √
35 Muhammad Aiman Hakimi Othman (U20) √
41 Seif-Dine Hraoubia (Import Perancis) √
93 Fazly Mazlan √

Senarai pemain Selangor untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

6 Nooa Laine (U23) √
8 Noor Al-Rawabdeh (Import Jordan) √
10 Mukhairi Ajmal √
37 Picha Autra (Import Thailand) √
40 Zach Clough (Import England) √
76 Muhammad Aliff Izwan (U23) √
77 Aliff Haiqal Lau √
28 Muhammad Abu Khalil (U20) √
30 Muhammad Haykal Danish (U20) √
39 Muhammad Danish Iskandar Marzizul (U20) √
NO

SERANGAN (FORWARDS)

7 Faisal Halim (Kapten) √
9 Willian Lira (Import Brazil) √
11 Alvin Fortes (Import Cape Verde) √
48 Omid Musawi (Import Afghanistan) √
91 Chrigor Moraes (Import Brazil) √
42 Harry Danish (U23) √

Media Sosial Rasmi Selangor FC

Semoga senarai pemain Selangor 2025 – 2026 ini mampu menjulang nama Selangor di persada bolasepak Malaysia musim ini. Saksikan perlawanan Liga Malaysia secara langsung di Astro dan saluran RTM.