Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD 2025 & Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 Tahun 2025. Peluang Keemasan Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia Kini Dibuka. Menerusi iklan pemilihan TD tahun 2025 siri 205 untuk Lelaki, berikut dikongsikan Tarikh Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD 2025 beserta lokasi pusat pemilihan setiap zon.

Pemilihan Akhir Tentera Darat merujuk kepada proses saringan akhir dan tapisan yang dijalankan ke atas calon-calon yang telah melepasi peringkat awal untuk menyertai latihan sebagai Perajurit Muda Tentera Darat, sama ada lelaki atau wanita. Proses ini merupakan langkah terakhir sebelum seseorang calon itu diterima masuk dan menjalani latihan asas tentera darat.

Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2025 (Siri 205)

Berikut dikongsikan maklumat pusat pemilihan akhir untuk Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 tahun 2025 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pemilihan setiap zon.

Proses Pemilihan Akhir PM TD

Ianya akan dilaksanakan pada masa, tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan. Calon dibenarkan pulang pada hari yang sama setelah selesai proses pemilihan. Perjalanan pergi/balik ke pusat pemilihan adalah atas urusan persendirian.

Proses Pemilihan Akhir adalah seperti berikut:

a. Pemeriksaan Dokumen

Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya calon gagal mengemukakan dokumen asal dan tidak menepati syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh TD. Salinan dokumen tidak perlu dicop pengesahan.

b. Pemeriksaan Fizikal (BMI)

Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya calon gagal menepati tahap fizikal (BMI) ditetapkan oleh TD

c. Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan tahap kesihatan calon-calon menepati syarat-syarat kelayakan minima kesihatan yang telah ditetapkan oleh TD. Calon yang disahkan mengalami masalah kesihatan akan digagalkan dari Pemilihan Akhir.

d. Ujian Lisan (Ujian Membaca Al-Quran dan Ujian Asas Fardu Ain)

Calon beragama Islam sahaja akan diuji bagi mengenalpasti tahap pengetahuan bacaan Al-Quran dan kefahaman Fardu Ain

e. Ujian Kecergasan Asas

Ujian ini bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal calon.

f. Ujian IQ dan Psikologi

Calon akan diuji bagi menentukan tahap kecerdasan akal dan personaliti menjurus kepada nilai, daya tahan dan tingkah laku.

Calon-calon juga diingatkan untuk mematuhi perkara-perkara berikut semasa menghadiri Pemilihan Akhir:

  • a. Berketerampilan kemas dan rambut digunting dengan rapi.
  • b. Calon yang mempunyai simptom COVID-19 atau penyakit berjangkit tidak dibenarkan untuk mengikuti proses Pemilihan Akhir pada tarikh yang telah ditetapkan. Calon boleh menghadiri Pemilihan Akhir setelah disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan.
  • c. Calon tidak digalakkan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak atau membawa barang-barang berharga (sebarang kehilangan adalah atas tanggungjawab sendiri).

Sepanjang Proses Pemilihan Akhir, sajian makan tengahari dan minum petang akan disediakan. Namun calon juga digalakkan membawa makanan dan minuman tambahan mengikut keperluan masing-masing.

Tarikh & Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat (PM TD) 2025

Sebanyak 16 Lokasi Pemilihan Akhir PM TD seluruh Malaysia akan dibuka, senarai lokasi Pemilihan Akhir PM TD seperti berikut:

a. Zon Utara

  • (1) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah: 24-25 & 27-28 Sep 25.
  • (2) 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah: 20-22 Sep 25.
  • (3) 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak: 1-2 & 4-5 Okt 25.

b. Zon Timur

  • (1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan: 20-24 Sep 25 .
  • (2) 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu: 27-28 Sep 25.
  • (3) 12 RAMD (Mek), Kem Daralockwood, Kuantan, Pahang: 30 Sep-2 Okt 25.

c. Zon Selatan

  • (1) MSS Kluang, Kem Mahkota, Kluang, Johor: 20-22 Sep 25.
  • (2) 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka: 24-25 Sep 25.
  • (3) 15 RAMD, Kem Senawang, Senawang, N.Sembilan : 1-2 & 4 Okt 25.

d. Zon Sarawak

  • (1) 20 RAMD, Kem Sri Miri,Miri, Sarawak: 20-21 Sep 25.
  • (2) MK 9 Bgd, Kem RASCOM Batu 10, Sibu, Sarawak: 24-25 & 27-28 Sep 25.
  • (3) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak: 1-2 & 4-5 Okt 25.

e. Zon Sabah

  • (1) 7 RAMD, Kem Kabota, Tawau, Sabah: 20-21 Sep 25.
  • (2) 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah: 24-25 Sep 25.
  • (3) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah: 28 Sep-1 Okt 25.

f. Zon Tengah

  • (1) MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur: 27-29 Sep 25.

Syarat Fizikal

  • a. Ketinggian Minima: Lelaki – 162 cm
  • b. BMI: 18.0 hingga 24.9 Kg/M²
  • c. Umur: Tidak Kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 20 Nov 2025

Syarat Akademik (Minima)

  • a. SPM – Lulus BM dan Sejarah
  • b. SPVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas
  • c. Tambahan Kelulusan Akademik Calon KAGAT:
    • (1) STAM – Minima Maqbul (Lulus)
    • (2) STPM (Pengajian Usuluddin & Syariah) – Minima Kepujian
    • (3) Diploma Pengajian Islam/Tahfiz/Usuluddin/Syariah/Dakwah dan Al-Quran & Sunnah – Minima PNGKA 2.0

Dokumen Yang Perlu Bawa Semasa Temuduga

  • a. Kad Pengenalan Calon – asal dan 1 salinan
  • b. Sijil Daftar Kelahiran – asal dan 1 salinan
  • c. Sijil SPM/SPVM – asal dan 1 salinan
  • d. Sijil Berhenti Sekolah Terakhir – asal dan 1 salinan
  • e. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • f. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • g. 1 Salinan Kad Pengenalan 2 orang Waris Tambahan (abang/kakak/bapa Saudara)
  • h. 1 batang Ball Pen Hitam
  • i. Filem X-Ray dan Laporan X-Ray yang disahkan oleh Pakar Radiologi (Tempoh 5 bulan dari tarikh pemilihan akhir)

Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:

  • a. Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek
  • b. Seluar Track Suit warna gelap
  • c. Kasut sukan warna bebas dan stokin putih

Untuk maklumat juga, Proses Pemilihan Akhir tidak akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Sekian, terima kasih.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi Sel Pengambilan TD di pautan berikut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Iklan Perajurit Muda TD tahun 2025 siri 205 , sila rujuk uklan pengambilan berikut atau layari Facebook Tentera Darat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
    CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
    MARKAS TENTERA DARAT 2
    WISMA PERTAHANAN,
    JALAN PADANG TEMBAK
    50634 KUALA LUMPUR (No Tel: 03-2071 6030/ 3926/ 4254)

Selamat menghadiri pemilihan mengikut panduan Tarikh Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD yang dikongsikan. Moga hasrat anda untuk menyertai ATM tercapai.