Semakan UKSBP 2019 Online Ujian Kemasukan

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:50 AM

Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2019 Secara Online. Bagaimana cara membuat semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019? Ujian Kemasukan SBP merupakan satu ujian saringan yang baru diperkenalkan pada ambilan tahun 2018 dan diteruskan untuk ambilan 2019. Pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 ambilan tahun 2019 perlu membuat semakan UKSBP iaitu keputusan kelayakan menduduki UKSBP dan atau pusat ujian pada tarikh 5 Oktober 2018.

UKSBP akan diadakan  dari 15 hingga 18 Oktober 2018. UKSBP adalah penting disamping perlu melepasi syarat kemasukan ke SBP dimana ianya adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja.

UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Semakan UKSBP 1

Cara Semak Kelayakan Menduduki UKSBP 2019 Secara Online

Prosedur pemilihan baru untuk kemasukan SBP ambilan tahun 2019 dengan memperkenalkan UKSBP diharap mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Semakan UKSBP 2019 Keputusan Kelayakan Menduduki Ujian Kemasukan SBP Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2018

  • Calon boleh membuat semakan pada 5 Oktober 2018
  • Applikasi : Klik Semakan Layak Menduduki UKSBP
  • Soalan adalah berasaskan IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM

Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Permohonan SBP 2019

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 adalah seperti berikut :-

  1. 15 hingga 18 Oktober 2018
  2. UKSBP akan dijalankan di 207 pusat ujian yang ditetapkan

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Ambilan Tahun 2019 – Akan dikemaskini

Fasa 2 UKSBP adalah untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu (1) SBP (Rayuan). UKSBP akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut. Semakan dalam talian Pusat Ujian akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018.

Diucapkan selamat membuat Semakan UKSBP 2019 Online Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam Semakan Ujian Kelayakan Menduduki UKSBP. Anda selangkah lagi untuk berjaya dalam permohonan SBP 2019.