Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2027 Online. Anda seorang pelajar Bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan kursus jangka pendek GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2027.
Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
A. Permohonan Kemasukan GIATMARA 2027 Online
1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)
Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA GSPelatau di Portal UP TVET
Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) adalah satu sistem yang berasaskan Aplikasi Web bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau kemasukan pelatih sehingga pelatih tamat bagi Ibu Pejabat GIATMARA, Pejabat GIATMARA Negeri dan juga semua Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.
Sistem GSPel ini antara lain menguruskan:
- • proses permohonan GIATMARA pelatih secara atas talian,
- • proses temuduga dan pendaftaran pelatih di Pusat GIATMARA,
- • proses pengurusan dan pengeluaran elaun pelatih,
- • proses pemarkahan dan persijilan pelatih, dan
- • proses mengemaskini maklumat pelatih.
Sistem GSPel ini terdiri daripada modul-modul berikut:
- • modul Pelatih
- • modul Kurikulum
- • modul Kewangan
- • modul Alumni
- • modul Sumber Manusia
- • modul Laporan
- • modul Pentadbir Sistem

2. Program Jangka Pendek (Secara Manual)
Permohonan GIATMARA program latihan jangka pendek boleh dibuat dengan mengisi borang online dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
3. Senarai Kursus GIATMARA
Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).
4. Senarai Lokasi GIATMARA
Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).
B. Semakan Keputusan GIATMARA Online
Semakan keputusan kemasukan ke GIATMARA sesi Julai dan Januari boleh disemak di pautan berikut :-
- Applikasi semakan : GSPel
Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2027 Online dan semoga anda berjaya.



