Jom Masuk USM. Permohonan Program Diploma Kejururawatan USM 2025 Online. Anda seorang yang berkerjaya dan berminat menjadi seorang jururawat atau nurse? Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan permohonan Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2025 – 2026 seperti dikongsikan dari Permohonan@USM.
Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USM dibuka mengikut saluran saluran / program seperti berikut:-
- SALURAN ALTERNATIF
- RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)
- PROGRAM ANTARABANGSA DOKTOR PERUBATAN USM‐KLE
- DIPLOMA KEJURURAWATAN
- DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL
Permohonan program Ijazah Pertama (Penuh Masa) di bawah Saluran Perdana bagi lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/Asasi, UiTM/PASUM/A‐level/IB/AUSMAT dan lain‐lain yang setaraf sesi 2025-2026 adalah melalui UPU Online.
Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi Ambilan Tahun 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Diploma Jururawat 2025 USM. Permohonan boleh dibuat secara online dan akan di buka seperti ketetapan berikut :-
Info Penting Diploma Kejururawatan
- Tarikh Buka/ Tutup Permohonan : 27 Januari 2025 sehingga 2 Mei 2025
- Calon perlu membeli Nombor PIN USM JURURAWAT berharga RM60 dari Bank Simpanan Nasional (BSN) atau membeli secara online di ePayment USM
- Tempoh Pengajian 3 Tahun
Cara Memohon
Permohonan secara dalam talian (online application) melalui laman web di pautan :-
Tatacara Permohonan Diploma Jururawat USM Online
Permohonan kemasukan ke USM bagi program Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa melalui Saluran Alternatif, Jarak Jauh, Program Pesisir dan Diploma perlu dikemukakan melalui permohonan atas talian di laman web https://pohon.usm.my. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan :-
1. PEMBELIAN NO. PIN
- No. Pin USM di BSN
- Pastikan No PIN USM yang betul mengikut Saluran atau melalui ePayment USM dengan bayaran berjumlah RM60.00
2. DAFTAR PERMOHONAN
- Daftar permohonan @ Web – https://pohon.usm.my
- Dapatkan No. Rujukan
3. LOGIN
- No. Rujukan
- Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)
4. MAKLUMAT PERIBADI
- Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sebagainya
- Tekan butang SETERUSNYA
5. MAKLUMAT AKADEMIK
- Isi maklumat akademik, contoh: SPM, STPM/Matrik/Asasi Diploma & sebagainya
6. MAKLUMAT KO‐KURIKULUM
- Mengisi maklumat ko-kurikulum seperti badan beruniform / sukan
- Jika berkaitan
7. MAKLUMAT SOSIO‐EKONOMI
- Maklumat ibu bapa / penjaga
- Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain
8. PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN
- Pilihan program
- Jika berkaitan
9. MUAT NAIK DOKUMEN
- Contoh dokumen: Salinan MyKad, SPM, STPM/Matrik/Asasi/ Diploma, A-Level, IB dan lain-lain lagi
10. PENGESAHAN
- Tekan butang HANTAR
- Cetak maklumat permohonan untuk rujukan
Syarat-Syarat Kemasukan
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM :-
Syarat Am
- Lulus SPM/Setaraf
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
- Lulus mata pelajaran Sejarah
Syarat Khas Program
Lulus SPM dengan dengan lima (5) kepujian
- Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics/ Additional Mathematics
- Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
- Sains
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Applied Science
- Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran yang lain
- DAN
Cemerlang dalam penilaian temu duga
Syarat Status Kesihatan
- Semua calon mesti disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dalam masa satu bulan daripada mengikuti program kejururawatan
- Calon tidak dibenarkan mengikuti program kejururawatan jika mempunyai masalah kesihatan berikut : –
- HIV / AIDS
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- Masalah kesihatan mental
- Epilepsi
- Buta warna
- Calon tidak mempunyai sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang boleh menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.
Semoga panduan Permohonan Diploma Jururawat USM 2025 Online ini bermanfaat buat semua pelajar. Selamat membuat permohonan dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan nanti.