Permohonan UPU 2026 Online Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2026/2027 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan application UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2026/2027. Borang UPU 2026 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
* Tarikh UPU online 2026/ 2027 adalah di buka dari 29 Januari 2026. Tarikh pembelian PIN Unik UPU pula adalah dari 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT. Importan dates dan status application UPU 2026 boleh dirujuk di result UPU 2026.
Permohonan UPU 2026 – 2027 Online
Sistem UPU 2026/ 2027 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang telah diumumkan dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Januari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 – 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.
BKPA JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM yang dikategorikan kepada enam (6) saluran kemasukan iaitu :
- 30 Universiti Awam (UA)
- 36 Politeknik
- 106 Kolej Komuniti (KK); dan
- 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
BPKA JPT juga menyelaras untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 20 buah Universiti Awam (UA).
Jenis Kategori Pemohon
1. Lepasan SPM/ Setaraf
- Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja
- Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa 2025; SPM 2024 & SPM 2023
2. Lepasan STPM/ Setaraf
i) STPM (Kategori A, S) Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
- Kategori A : Aliran Sastera
- Kategori S : Aliran Sains
ii) Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ ASASIpintar UKM / Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
- Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM , ASASIpintar UKM dan Asasi UiTM
- Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
iii) Kategori T
Calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM):
- STAM Tahun 2025
- STAM Tahun 2024
iv) Kategori E
DKM / DLKMK / DVM / DIPLOMA IPTS / LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
- Diploma Kemahiran Awam (DKM)
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
- Diploma Vokasional Malaysia
- Diploma IPTS/ Luar negara / Lain-lain Kelayakan
v) Kategori F
Kelayakan Setaraf :
- A Level
- International Baccalaureate Diploma (IBD)
- Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP)
- STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- Matrikulasi KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa)
- AUSMAT/ SAM / ADFP
- Asasi IPTS
vii) Kategori G
Diploma (Universiti Awam/Politeknik):
- Diploma Universiti Awam
- Diploma Politeknik

Syarat Am Permohonan
Syarat Am permohonan kemasukan adalah seperti berikut :-
1) Lepasan SPM
Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP / MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
Syarat am kemasukan adalah :
a) UA / Politeknik Premier
i. Asasi
Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM
ii. Diploma
Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.
b) Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
i. Diploma
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM
ii. Sijil
Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
Boleh membaca, menulis dan mengira

2) Lepasan STPM/ Setaraf
Kategori STPM/ Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ ASASIpintar UKM/ Asasi UiTM/ STAM
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
ATAU
MATRIKULASI / ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
ATAU
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
3) Lepasan Diploma/ Setaraf
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN
DIPLOMA/SETARAF
a) Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);
ATAU
b) Lulus peperiksaan STPM tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
ATAU
c) Matrikulasi/Asasi tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00;
ATAU
d) STAM tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid;
ATAU
e) Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/ GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
DAN
f) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
KELAYAKAN DIPLOMA TVET (DKM /DLKM/ DVM)
a) Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Malaysia (Syarat Khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);
DAN
b) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

Syarat Khas Permohonan
Calon perlu memenuhi syarat-syarat khas pengajian program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam ePanduan Permohonan Kemasukan ke UA
Penentuan Aliran
i) Aliran Sains
Penentuan aliran bagi sains ialah calon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:
i. Mathematics
ii. Additional Mathematics
iii. Physics
iv. Chemistry
v. Biology atau mata pelajaran berikut:-
Additional Science / Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Information and Communication Technology / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan /Pengurusan Makanan
ii) Aliran Sastera
Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.
Cara Buat Permohonan Secara Online
Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Baca juga kenapa pelajar gagal dalam permohonan di FAQ UPU (Sesi 2021/2022) – akan dikemaskini. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan melalui borang permohonan UPU:-
- Klik Borang UPU
NOTA
i) Fasa permohonan akan dibuka mulai
- Lepasan SPM
29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang) - Lepasan STPM
Fasa 1: 29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang)
Fasa 2: 13 April 2026 (12 Tengah Hari) hingga 5 Mei 2026 (5 Petang)
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli No. Unik ID BSN perincian lanjut adalah seperti berikut:
- Tarikh: 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026
- Harga: RM10.60
- Kaedah Pembelian:
i. Kaunter BSN di seluruh negara
ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)
Kategori Pembelian No Unik ID
Sila pastikan pemohon membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu:
- Kategori Pemohonan Lepasan SPM: Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
- Kategori A: SPM 2025 (Tahun Semasa)
- Kategori B: SPM 2024 & 2023 (Bukan Tahun Semasa)
- Kategori Pemohon Lepasan STPM/ Setaraf: STPM 2025, Matrikulasi/ Asasi, STAM 2025, 2024, Diploma/ Setaraf,
Grafik Permohonan
Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU. Grafik terkini akan dikemaskini, di bawah adalah grafik bagi permohonan sesi lepas sebagai rujukan.

Tips Mohon UPU

Dasar dan Kriteria Pemilihan
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :
i) SPM
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA : 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan ILKA;
f) Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program pengajian bertemu duga dan/atau ujian;
g) Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan ILKA;
i) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI (bagi Program Pengajian ISMP); dan
j) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temu duga (bagi Program Pengajian ISMP).
ii) Lepasan STPM/ setaraf
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian;
h) Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
Kriteria tambahan bagi Program Pengajian Pendidikan (ISMP):-
a) Melepasi tahap minimum Ujian MedSI
Kalkulator Pengiraan Merit
Klik UPU MOHE
Cara Hubungi UPU
Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan https://upu.mohe.gov.my.
Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8684 2363.
Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut UPU 2026/ 2027 online.
Ref : untuk membeli, portal rasmi, lepasan spm stpm, 15 jun 2021, upu sesi, penting permohonan, maklumat penting




