Semakan Tingkatan 6 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 5 April 2019 jam 10:29 PM

Semakan Tingkatan 6 2019 Online
Rate this post

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2019/ 2020. Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2019? Pasti rasmi pelajar lepasan SPM yang menanti dengan penuh debar samada mereka layak atau tidak.

Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala.

Semakan keputusan Tingkatan 6

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 2019

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2019 ini. Untuk makluman, tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-

  • 2019 : 16 April hingga 17 Mei 2019
  • 2018 : 16 April hingga 16 Mei 2018
  • 2017 : 16 April hingga 12 Mei 2017
  • 2016 : 14 April hingga 27 Mei 2016
  • 2015 : 15 April 2015
  • 2014 : 24 April 2014

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2019-2020 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari – April sehingga – Mei 2018. Tarikh pendaftaran adalah pada – Mei 2018
    • Tarikh yang tepat akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi daripada KPM
  • Link APPLIKASI SEMAKAN Form 6 : SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 ONLINE

2) Semakan melalui SMS 

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

semakan sms tingkatan 6

Nota Penting Tawaran Tingkatan 6 2019

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada – Mei 2019.

  • 1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  • 2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2019, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020.

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2019

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan bermula dari tarikh keputusan diumumkan sehingga – Mei 2019 dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Rayuan Tingkatan 6 2018

Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke
Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2019/ 2020 dijangka akan diumumkan pada – Jun 2019.

Nota Penting : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada – Jun 2019.

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Anda boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan :-

* Segala informasi adalah tertakluk kepada perubahan

Bagi mereka yang gagal, anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

Tahniah kepada pelajar yang yang mendapat tawaran ke Tingkatan 6 tahun 2019. Semoga anda berjaya dalam pelajaran anda dalam mencapai cita-cita pada masa depan.