Berita baik buat pelajar yang berminat serta berkelayakan. Permohonan MRSM 2026 kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 – Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka bermula dari 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025. Calon adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengikuti panduan permohonan yang disertakan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2026. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2026 Online
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Sistem Pendidikan ini diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi bagi mengembangkan potensi diri mereka berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Panduan Permohonan MRSM 2026 Secara Online
Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA hanya dibuka secara online/ atas talian sahaja. Berikut adalah kaedah permohonan kemasukan ke MRSM bagi ambilan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-
Langkah permohonan adalah seperti berikut:-
- Layari Laman Permohonan KPM
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 (https spskt1.moe.gov.my)
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 (https spskt4.moe.gov.my)
Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membuat permohonan MRSM melalui pautan kemasukan MRSM berikut:
Nota Penting : Jika pelajar berminat untuk memasuki Sistem Pendidikan MRSM, sila pastikan anda memilih MRSM sebagai pilihan pertama apabila membuat permohonan dalam sistem permohonan Sek. Khusus & MRSM.
Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Syarat Kemasukan MRSM
Untuk memohon, sila pastikan pelajar memenuhi syarat berikut :-
- Calon warganegara Malaysia
- Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
- Calon dari sekolah yang berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Prog. Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
- Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
- Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
- Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan MRSM
Berikut adalah di antara soalan yang kerap ditanya beserta jawapan buat panduan pemohon :-
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tarikh lahir saya bukan seperti di dalam syarat kemasukan MRSM?
- Harap maaf, hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan umur yang ditetapkan dibenarkan membuat permohonan kemasukan ke MRSM.
Adakah saya boleh menggunakan telefon pintar untuk membuat permohonan secara dalam talian?
- Boleh, tetapi pemohon perlu memastikan dapat melihat keseluruhan paparan di setiap halaman permohonan. Pemohon boleh menggunakan kaedah putar (rotate) telefon bimbit secara melintang. Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan membuat permohonan menggunakan komputer/ desktop/ komputer riba dengan pelayar (browser) yang terkini.
Anak saya tidak memohon secara dalam talian. Adakah permohonan bersurat akan diterima?
- Tidak, hanya permohonan secara dalam talian sahaja diterima dan akan diproses.
Anak saya berminat untuk memasuki Sistem Pendidikan MRSM. Apakah kaedah yang bersesuaian untuk membuat permohonan MRSM?
- Pemohon boleh memilih MRSM sebagai pilihan pertama apabila membuat permohonan dalam sistem permohonan atas talian.
Adakah anak saya boleh memilih Sek Khusus & MRSM dalam senarai pilihan pertama hingga Ketiga?
- Ya, calon dibenarkan membuat pilihan Sek Khusus / MRSM dalam senarai pilihan pertama hingga ketiga.
- Contoh pilihan Sek Khusus & MRSM Pilihan pertama: MRSM Alor Gajah Pilihan Kedua: SBPI Selandar Pilihan Ketiga: SMKA Tun Perak
Semasa mengisi borang permohonan Sek & MARA, anak saya telah memilih MRSM Prog Khas sebagai pilihan kedua, adakah anak saya akan dipanggil menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA?
- Harap maaf, hanya pemohon yang memilih MRSM Prog Khas sebagai pilihan pertama dan melepasi syarat merit PKSK sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
Saya merupakan calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM dan membuat permohonan kemasukan melalui sistem MyMRSM. Adakah dalam sistem MyMRSM saya juga boleh membuat pemilihan sekolah berasrama penuh (S B P)?
- Harap maaf, sistem MyMRSM hanya memaparkan pilihan MRSM sahaja.
Adakah semua prog MRSM perlu menduduki Ujian Khas?
- Tidak, hanya prog khas seperti IG CSE, Ulul Al bab. Tek nikal, Pre mier STEM-Excellence dan Bi tara sahaja yang memerlukan calon menduduki ujian khas.
Sekiranya nama ibu dan/ atau bapa telah disenaraihitamkan oleh pihak MARA, adakah saya masih boleh membuat permohonan dalam talian?
- Ya, pemohon dibenarkan membuat permohonan Sek Khusus & MRSM. Ibu dan/ atau bapa juga boleh membuat semakan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) sebelum sistem tawaran Sekolah Khusus & MRSM.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan berkaitan permohonan MR SM boleh melalui:
- a) E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
- b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)
Selamat membuat Permohonan Kemasukan MRSM 2026 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Online. Didoakan semoga anda berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA yang dihajati.
Related : tahun 2021, mrsm ulul albab, hafazan sebagai syarat tambahan, untuk menduduki ujian kecenderungan, mewajibkan calon untuk menduduki, calon untuk menduduki ujian, mrsm 2021, ujian hafazan sebagai syarat, ukkm bagi menguji potensi, matematik sains dan bahasa, sistem permohonan,