Perhatian buat pelajar Tingkatan Tiga tahun 2025 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan 2026 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2025 akan di buka mulai 1 Ogos 2025. Tarikh tutup permohonan KV & SMT pula adalah pada 7 September 2025.
Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus KPM seperti Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik perlu menduduki pentaksiran berpusat dikenali sebagai PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Ujian ini melibatkan pentaksiran Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual yang dibuat secara online serta Artikulasi penulisan secara bertulis di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan.
Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) 2026 Online
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2026 seperti berikut :-
- Program Kolej Vokasional : KV
- Aliran Teknikal : SMT
- Program Kemahiran di Kolej Vokasional
Tarikh Penting Permohonan Ambilan Tahun 2026
- Buka Permohonan : 1 Ogos 2025
- Tarikh Tutup : 7 September 2025
- Semak Pusat Pentaksiran : 12 September hingga 3 Oktober 2025
- Pelaksanaan Pentaksiran : 22 September hingga 3 Oktober 2025
- Check Tawaran : 26 Disember 2025
- Tarikh Pendaftaran : 13 Januari 2026
Cara Buat Permohonan KV dan SMT Online
Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan Online / Atas Talian : Klik SPSKT4
Program Ditawarkan & Syarat Kemasukan KV
i) PROGRAM SIJIL
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
ii) PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- PROGRAM KEMAHIRAN PENUH
- PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Syarat untuk memohon ke KV adalah seperti berikut:-
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
Kursus Ditawarkan & Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- i. Tingkatan 4
- ii. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Info Lanjut
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Alamat BPTV:
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Blok E14
62604 Putrajaya
Wilayah Persekutuan PutrajayaTel: 03-88845154
Laman Sesawang: https://bpltv.moe.gov.my/
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2026 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.
Rel : rayuan walk in pendidikan teknik dan vokasional untuk memohon penting permohonan aliran perdana akademik agama mengikuti aliran pelajar tingkatan 3 menduduki pentaksiran berasaskan sekolah membuat permohonan kemasukan berminat dan berkelayakan pbs aliran perdana akademik pelajar yang berminat borang permohonan online, program pendidikan asas vokasional https sptv.moe.gov.my pendidikan asas vokasional pav sekolah bantuan kerajaan, kv dan smt 2021, untuk makluman, kolej vokasional dan sekolah, secara dalam talian, 6 blok e14 kompleks e, latihan teknikal dan vokasional tvet, umum permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, mendaftar dalam bidang vokasional dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama, dipelawa untuk memohon mana mana program vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, senarai smt dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, berikut merupakan program yang ditawarkan, artikulasi penulisan 10 secara bertulis, membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan. mendaftar dalam bidang vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan,