Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023 Tingkatan 1 Dan 4. Anda berminat memohon kemasukan ke SBP terbaik di Malaysia? Berita baik, untuk calon lepasan UPSR dan PT3 tahun lepasan Tahun Enam dan Tingkatan 3 2022 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Selain SBP, pelajar juga boleh memohon ke MRSM dimana permohonan melibatkan kemasukan Tingkatan 1 dan 4.
Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 2023 untuk pelajar akan dibuka bermula dari 30 September 2022 hingga 30 November 2022.
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan ke SBP 2023 yang akan di buka secara online mengikut tarikh seperti dinyatakan di bawah ini.
TARIKH PENTING PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 2023 | |
Dibuka | Ditutup |
30 September 2022 | 30 November 2022 |
– Aplikasi Permohonan Online SBP Tingkatan 1 | |
| |
Pemohon perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan pada 6 – 16 Februari 2023. Semakan Pusat PKSK boleh dibuat pada 15 Disember 2022 – 2 Februari 2023. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan | |
TARIKH PENTING PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 2023 | |
Dibuka | Ditutup |
30 September 2022 | 30 November 2022 |
– Aplikasi Permohonan Online SBP Tingkatan 4 | |
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan 4 akan dilaksanakan pada 25 Januari – 3 Februari 2023. Semakan Pusat PKSK boleh dibuat pada 15 Disember 2023 – 16 Februari 2023. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan |
UKSBP : Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Permohonan Kemasukan 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4
Berikut adalah panduan ringkas dan syarat kemasukan ke SBP tahun 2023.
- Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tahun Enam (6) 2022 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK). Untuk Tingkatan Empat (4) pula, permohonan dibuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2022 di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Pelajar boleh memohon sebelum keputusan UPSR dan PT3 2019 diumumkan- Untuk mengkakses sistem, pelajar perlu memasukkan No Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan
- Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
- Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
- Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP
- Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil Kokurikulum kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2023
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid mencapai aras toleransi PKSK
- Aktif dalam kokurikulum
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2023
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid mencapai aras toleransi PKSK
- Murid aktif dalam kokurikulum
PAKEJ ALIRAN MATA PELAJARAN
- Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan KBT (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab).
- Tingkatan 4 – Menawarkan 5 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial
PANDUAN PERMOHONAN KE SBP 2023
Berikut adalah panduan berguna buat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan permohonan SBP 2021. Panduan bagi tahun 2023 akan dikemaskini.
Form 1
- Panduan Am, Khusus dan Pencapaian Khas/ Istimewa Murid
- Soalan Lazim (FAQ Permohonan SBP) (akan dikemaskini)
- Pakej Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 (akan dikemaskini)
- Aliran Dan Senarai Laman Web SBP (akan dikemaskini)
Form 4
- Panduan Am, Khusus dan Pencapaian Khas/ Istimewa Murid
- Soalan Lazim (FAQ Permohonan SBP) : Sama seperti Form 1 di atas
- Pakej Mata Pelajaran SBP Tingkatan 4 (akan dikemaskini)
- Aliran Dan Senarai Laman Web SBP (akan dikemaskini)
Nota Permohonan Kemasukan SBP (TMUA)
Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
- Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
- Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan
SEMAKAN TARIKH KEPUTUSAN SBP 2023
Calon pelajar yang telah membuat permohonan, boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke SBP 2023 seperti berikut :-
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini
- Manakala ke Tingkatan Empat, tarikh keputusan juga adalah pada tarikh yang akan dikemaskini
- Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan walaupun telah membuat e-rayuan.
Selamat membuat Permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Semoga pemohon berjaya dalam permohonan Sekolah Berasrama Penuh kali ini.
Related : membuat permohonan kemasukan dibuat secara online sekolah berasrama penuh untuk membuat permohonan untuk mendapatkan sbp tingkatan 1 2021 portal rasmi kementerian pendidikan malaysia kpm kemasukan ke sbp tingkatan kerajaan atau sekolah bantuan, 2021 secara online