Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025 SPA Sijil Dan Diploma

Latihan separa perubatan adalah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kursus sijil atau diploma. Lepasan program ini akan diserap menjadi pegawai kerajaan dalam bidang yang akan ditawarkan berdasarkan kursus yang dijalani. Program ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur dari 17 hingga 25 tahun. Oleh itu, siapa yang berminat untuk mengisi kekosongan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digalakkan memohon.

Untuk pengetahuan semua, program ini terdapat dua ambilan iaitu pada Januari dan Julai bagi sesi 2025. Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan dengan kadar segera. Hal ini kerana pengambilan adalah terhad dan bergantung pada kekosongan yang ada. Sebelum membuat permohonan anda digalakkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.

Program latihan separa perubatan ini menawarkan kursus peringkat diploma yang akan berlangsung selama 3 tahun. Manakala untuk peringkat sijil peserta akan menjalani latihan dan pengajian selama 2 tahun. Pelatih akan mendapat elaun sepanjang kursus dijalankan dan segala kemudahan disediakan di Pusat Kolej Kesihatan di seluruh Malaysia. Selepas tamat latihan peserta akan menduduki ujian untuk diserap masuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Permohonan Online Latihan Separa Perubatan 2025 Bertaraf Diploma/Sijil (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Bagi memudahkan semua, kami kongsikan beberapa info-info penting tentang latihan separa perubatan. Antara yang akan kami kongsikan adalah tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan. Semoga dapat membantu mereka yang berminat:

separa perubatan

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025

Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan Januari dan bulan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
  2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)

Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.

Berikut dikongsikan tarikh penting pengambilan yang di buat dua (2) kali setahun :-

JANUARI 2025

TUTUP : 5 Ogos  2024

WAKTU : 11:59 malam

JULAI 2025

TUTUP : 12 Februari 2025

WAKTU : 11:59 malam

Calon yang sudah mendaftar bagi jawatan yang diiklankan tidak perlu membuat permohonan lagi. Tetapi hendaklah dipastikan permohonan tersebut masih lagi dalam tempoh sah laku iaitu setahun daripada tarikh permohonan.

Cara Membuat Permohonan

Berikut merupakan cara mudah untuk membuat permohonan. Sila layari dua pautan berikut:

SPA9

Syarat Kelayakan Mengikuti Kursus

SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
    (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON

  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
    • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  • Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    • berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  • Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
    • berumur tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
      (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Berikut merupakan senarai 10 jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
  10. Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Iklan Pengambilan

iklan separa perubatan 1iklan separa perubatan 2

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan boleh dilakukan dengan cara berikut:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000

Rel : calon calon, tahun dan tidak melebihi, malaysia untuk, kelayakan yang diiktiraf setaraf, disahkan dalam perkhidmatan, berumur tidak kurang, mempunyai sijil pelajaran malaysia, secara online