Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Yang Boleh Dimohon Oleh Lulusan SPM Dan Sijil. Anda seorang lepasan SPM dan berminat untuk memohon bekerja di perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA)? Sebagai panduan, berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar lepasan SPM/ Sijil.

Pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pengajian tinggi melalui UPU Online/ sebagainya boleh mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online (Lepasan SPM/ Sijil)

Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-

  1. Ijazah/ Sarjana/ PHD
  2. Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
  3. SPM SPMV SPM (V) & Sijil
  4. PMR
  5. Kelayakan Bakat
  6. Latihan Separa Perubatan
  7. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dipohon Oleh Lulusan SPM/ Sijil

Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon lepasan SPM/ SPMV/ SPM (V) dan Sijil.

BILJAWATANBILJAWATANBILJAWATAN
1Juruaudio Visual Gred N1926Pembantu Keselamatan Gred KP1951Pembantu Perpustakaan Gred S19
2Jurubahasa Gred L1927Pembantu Kesihatan Awam Gred U1952Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
3Jurulatih Kawad Gred S1928Pembantu Laut Gred A1953Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
4Jururawat Masyarakat Gred U1929Pembantu Makmal Gred C1954Pembantu Syariah Gred LS19
5Juruteknik Komputer Gred FT1930Pembantu Makmal Filem Gred C1955Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
6Juruteknik Perubatan Gred U1931Pembantu Meteorologi Gred C1956Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
7Laskar Kelas II Maritim Gred XA132Pembantu Muzium Gred S1957Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
8Merinyu Tali Air Gred J1933Pembantu Pegawai Latihan Gred E1958Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
9Pegawai Bomba Gred KB1934Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional /59Pemeriksa Cap Jari Gred N19
10Pegawai Imigresen Gred KP19Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)60Pemeriksa Kereta Motor Gred A19
11Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N1935Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1961Pengajar Membalak Gred G19
12Pegawai Penjara Gred KX1936Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1962Pengawal Keselamatan Gred KP11
13Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1937Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J1963Peniup Kaca Gred N19
14Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1938Pembantu Pemuliharaan Gred S1964Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
15Pembantu Akauntan Gred W1939Pembantu Pendaftaran Gred KP1965Penyelia Asrama Gred N19
16Pembantu Antidadah Gred S1940Pembantu Penerangan Gred S1966Penyelia Jurupakaian Gred N19
19Pembantu Arkib Gred S1941Pembantu Penerbitan Gred N1967Renjer Hutan Gred G19
18Pembantu Belia dan Sukan Gred S1942Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
19Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1943Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
20Pembantu Geosains Gred C1944Pembantu Penilaian Gred W19
21Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1945Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
22Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)46Pembantu Penyelidik Gred Q19
23Pembantu Juruaudit Gred W1947Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
24Pembantu Kemahiran Gred H1948Pembantu Perangkaan Gred E19
25Pembantu Kesatria Gred S1949Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
50Pembantu Perikanan Gred G19

Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM

Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Bagi anggota polis atau tentera yang memohon jawatan seperti di bawah, syarat-syarat di atas dikecualikan tetapi mengambil kira sekurang-kurangnya berpangkat seperti yang dinyatakan:

  • Pembantu Keselamatan Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
  • Pembantu Kesatria Gred S19 : Koperal
  • Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf
  • Pegawai Bomba Gred KB19 : Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1

Semoga Senarai Jawatan Kerajaan yang ditawarkan untuk Lulusan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan sebelum memohon.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor