Pembantu Awam Gred H11 SPA

Panduan terkini dikemaskini pada 10 Oktober 2018 jam 08:07 PM

Pembantu Awam Gred H11 SPA
Rate this post

Bekerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan adalah pilihan ramai para pencari kerja masa kini. Selain masa depan yang terjamin, penjawat awam juga akan menikamati gaji bulanan yang menarik serta kemudahan lain seperti perubatan, cuti, bonus, kenaikan pangkat dan banyak lagi.

Jawatan Pembantu Awam Gred H11 adalah salah satu jawatan kerajaan yang popular di kalangan lulusan PMR/ PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang inginkan pekerjaan di sektor kerajaan. Untuk kemudahan semua yang berminat dengan jawatan ini, berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 yang memaparkan skop kerja. tanggungjawab, jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan untuk memohon.

Mereka yang berminat untuk memohon boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan secara atas talian atau online menerusi Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pendaftaran boleh dibuat sepanjang masa.

Pembantu Awam Gred H11

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

Berikut dikongsikan senarai tanggungjawab seorang Pembantu Awam Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :

Tugas Pembantu Awam Gred H11

Berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 SPA :-
  • Melaksanakan kerja-kerja umum bercirikan hands-on yang membutuhkan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan kerja-kerja berkenaan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Melakukan kerja penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Melaksanakan kerja pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Menjalankan kerja-kerja lain yang diamanahkan oleh ketua jabatan.
Khusus
  • Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat TanggungJawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas

Selain itu, berikut dikongsikan contoh senarai tugas Pembantu Awam di Jabatan Kesihatan :-

Jabatan Kesihatan
  • i) Memunggah barang-barang dari kenderaan pembekal masuk ke Stor Farmasi
  • ii) Menyimpan barang-barang ke dalam stor mengikut arahan Pegawai Stor
  • iii) Mengeluarkan barang-barang dari stor mengikut arahan Pegawai Stor
  • iv) Membungkus dan menghantar barang-barang yang telah diatur oleh pegawai Stor
  • v) Membantu Pegawai Stor buat semakan stok
  • vi) Membuat kerja-kerja fotostat dan penghantaran surat menyurat
  • vii) Membuka lampu-lampu pejabat dan stor diwaktu pagi dan memadamkannya pada waktu pulang
  • viii) Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke masa

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti berikut.

Jadual Gaji Pembantu Awam Gred H11

KumpulanPelaksana
Kem/JabPelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Gaji MinimumRM 1,218.00
Gaji MaksimumRM 2,939.00
Kadar Peningkatan Gaji Setiap TahunRM 80.00

Syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Awam Gred H11 adalah speerti berikut.

Syarat Lantikan Pembantu Awam Gred H11

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a)Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
b)Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c)1) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Untuk kerja menyelamat, calon mesti mempunyaii Sijil Pertolongan Cemas dan berkemampuan untuk berenang. Untuk kerja memandu enjin sangkut atau motobot, calon mesti mempunyai perakuan kekompetenan yang berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15).

ii) Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber SPA