Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 03:21 PM

Anda berminat membuat permohonan Matrikulasi sesi kemasukan 2019/ 2020? Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2019/ 2020 untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2018 akan dibuka bermula 19 Julai 2018 sehingga 30 November 2018.

Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020 Online

  • Berikut dikongsikan maklumat dan panduan dalam membuat permohonan Matrikulasi sesi 2019/ 2020
  • Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online di Applikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).
  • Program Matrikulasi KPM dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, KPM dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Pemohon disyorkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Senarai lokasi Matrikulasi di Malaysia sila klik Kolej Matrikulasi.

permohonan matrikulasi online

Cara Buat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020 Online

Berikut disertakan link-link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2019-2020:-

Lulusan Matrikulasi diberi Sijil Mulai 2016

Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta

Syarat Permohonan Dan Kelayakan Minimum

Syarat am permohonan Matrikulasi sesi 2019-2020 adalah seperti berikut :-

  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019
  • Syarat kelayakan akademik boleh dirujuk di pautan berikut :-

Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

Kemaskini Borang Matrikulasi

Untuk pemohon dari lepasan SPM 2018, anda boleh merujuk kepada tarikh kemaskini borang permohonan Matrikulasi di InfoUPU.

Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020 Online untuk pelajar lepasan SPM 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM jangkaan pada April 2019 nanti.