Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam (UA Second Intake) 2025-2026 Online

Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan SPM Dan STPM Sesi Akademik 2025/ 2026. Anda gagal dalam memasuki UPU ke UA (IPTA)? Berita baik untuk lepasan SPM dan STPM dan setaraf seperti dikongsikan dari FB Kemasukan BPKP JP – FB Rasmi UPU.

Pemohon yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA) boleh membuat permohonan kemasukan pengambilan kedua (second intake) secara online “Direct Terus” ke beberapa UA terpilih yang disenaraikan dibawah ini. Sesi pengambilan adalah berbeza mengikut Universiti dan lepasan SPM atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan setaraf.

Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam (UA) Lepasan SPM/ STPM 2025/ 2026

Berikut adalah info yang memaparkan senarai pengambilan kedua ke Universiti Awam (UA) sesi 2025-2026 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf.

Maklumat yang dikongsikan adalah jenis permohonan, tarikh iklan dan makluman kursus pengajian serta borang permohonan.

Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah sebahagian daripada panduan permohonan untuk kemasukan ke UA terpilih seperti berikut :-

Untuk sesi terkini 2025-2026, sebahagian maklumat telah dikemaskini dan akan terus dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Universiti Awam berkenaan.

Senarai Saluran Pengambilan Kedua

Terdapat beberapa saluran untuk mereka yang gagal mendapat tawaran dari UPUonline iaitu ambilan kedua IPTA – Yuran bersubsidi, Saluran Terbuka – Yuran TIDAK bersubsidi dan IPTS.

1) Second Intake

Ada 9 buah IPTA yang menawarkan pengambilan kedua / Ambilan Mac 2026 program peringkat Ijazah bagi lepasan STPM/ setaraf . Yuran bersubsidi seperti Yuran UPU.

Sila scan QR Code di dalam grafik ini untuk mendapatkan maklumat pengambilan bagi kategori saluran Second Intake atau Ambilan Kedua.

1) Ambilan Terus/ Ambilan Kedua (Second Intake) – Lepasan STPM/ setaraf
NoUniversitiNo TelTarikh Buka/ TutupMaklumat Lanjut
1Universiti Malaya (UM)03-7967 3278
2Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)03-8911 8173
3Universiti Putra Malaysia (UPM)03-9769 3251
4Universiti Sains Malaysia (USM)1-300-888876
5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)07-5333 6321 November 2025 – 31 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Lepasan STPM/Diploma/Setaraf

Laman Web: https://admission.utm.my/

& SMART UTM

6Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)03-6421 30146 Okt 2025 – 31 Dis 2025

Program Asasi & Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan SPM, STAM, STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: Permohonan UIAM

7Universiti Teknologi MARA (UiTM)03-5544 319529 Okt 2025 – 1 Dis 2025

Program Asasi, Diploma & Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan SPM

Tarikh Permohonan: 25 Ogos hingga 25 Oktober 2025 (Asasi Undang-Undang, Diploma UiTM & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina

Laman Web: https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm

8Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)08-258 1165
9Universiti Malaysia Sabah (UMS)08-832 0213
10Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)09-6220 707
11Universiti Malaysia Kelantan (UMK)09-7717 000
12Universiti Utara Malaysia (UUM)04-928 3323
13Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)06-270 1990Akan dikemaskini

Program Ijazah Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma & Setaraf sahaja

Laman Web: Permohonan UTeM

14Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)07-453 76964 Nov 2025 – 30 Nov 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Iklan Pengambilan UTHM

Laman Web: https://wapps.uthm.edu.my/intake/

15Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)09-431 506016 Nov 2025 – 15 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: https://admission.ump.edu.my/

16Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)04-979 8008Akan dikemaskiniLaman Web : e-Kemasukan UniMap
17Universiti Malaysia Terengganu (UMT)09-6693 102
18Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)03-9051 3407
19Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)06-797 86441 Nov 2025 – 31 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: USIM

20Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)05-450 70488 Dis 2025 – 29 Dis 2025

Program Diploma & Sarjana Muda

Lepasan STPM / Setaraf

Laman Web: UPSI

2) Saluran Terbuka

Penawaran kemasukan ke IPTA melalui saluran alternatif dengan Yuran TIDAK Bersubsidi.

Terdapat pelbagai nama program mengikut universiti seperti Premium, Seatplus, Bitara, Komersial, Inklusif, Open Channel, Kemasukan Terus, Kemasukan Terbuka dan UKMShape.

Sila scan QR Code di dalam grafik ini untuk mendapatkan maklumat pengambilan bagi kategori saluran Terbuka.

2) Saluran Terbuka/ Ambilan Kedua (Second Intake) – Lepasan STPM/ setaraf
NoUniversitiNama SaluranTarikh Buka/ TutupMaklumat Lanjut
1Universiti Malaya (UM)Saluran Terbuka Universiti Malaya (Satu)20 Okt 2025 – 28 Feb 2026STUDY UM

& Borang Online

2Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)UKMShape21 April 2025 – 17 Ogos 2025UKMShape

& Borang Online

3Universiti Putra Malaysia (UPM)Saluran Inklusif10 Jun 2025 – 30 Sept 2025Akademik UPM

& Borang Online

4Universiti Sains Malaysia (USM)Saluran Terus (USM+1)10 April 2025 – 19 Sept 2025Pohon USM

Iklan

5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Saluran Komersial (UTM Space)10 Nov 2025 – 30 Jan 2026Kursus Pengajian & Borang Online
6Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Saluran Terbuka1 Mac 2025 – 22 Sept 2025IIUM

& Borang Online

7Universiti Teknologi MARA (UiTM)UiTM SeatPlus9 Mei 2025 – 15 Ogos 2025FAQ & iCEPS
8Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9Universiti Malaysia Sabah (UMS)Saluran Terbuka UMS1 Jan 2026 (Tarikh tutup)UMSFLEC & Facebook
10Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Saluran PremiumMac – Jun 2025Saluran Premium & Syarat Kemasukan
11Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
12Universiti Utara Malaysia (UUM)Saluran Terbuka @OPEN CHANNEL16 Nov 2025 – 13 Jan 2026Program / Syarat Kemasukan & Maklumat Pengambilan/ Borang Online
13Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Laluan Terbuka18 – 30 Sept 2025UTEM & UTEM Access
14Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
15Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)Kemasukan Terus16 Nov 2025 – 20 Dis 2025Program Pengajian & Borang Online
16Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Laluan TerbukaAkan dikemaskinii-Admission UniMAP
17Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
18Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
19Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Saluran Komersil USIM31 Jul 2025 – 26 Sept 2025 

Borang Online & Facebook USIMPACE

20Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Saluran Bitara7 – 19 Sept 2025UPSI & Borang Online

3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Pemohon boleh merujuk maklumat berkaitan atau hubungi IPTS melalui QR code di bawah. Senarai IPTS yang dibekalkan adalah berdasarkan IPTS yang berdaftar di bawah KPT.

Selain saluran di atas, Pelajar juga boleh memohon kemasukan ke Poli seluruh Malaysia:-

POLYCC (Politeknik & Kolej Komuniti)

  • Program Politenik Yang Ditawarkan:-
    • Sijil Kolej Komuniti
      Sijil Kemahiran Khas Politeknik
      Diploma Politeknik
  • Kemasukan Sesi Disember 2025
  • Tarikh Permohonan: 25 September 2025
  • Laman Web: ambilan.mypolycc.edu.my

* Sila klik LINK pada setap Universiti Awam yang dinyatakan untuk panduan dan maklumat permohonan.

Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan SPM & STPM 2025/ 2026 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor