Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional

Borang Dan Syarat Pinjaman TEKUN Nasional. Anda minat berniaga tetapi tiada modal. Bagaimana cara mengatasinya? Ya memang ramai yang berminat untuk berniaga tetapi modal perniagaan adalah merupakan masalah atau penghalang utama dalam memajukan atau memulakan sesuatu perniagaan. Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana anda boleh membuat permohonan pinjaman TEKUN Nasional. Baca panduan pinjaman di bawah ini untuk keterangan yang lebih lanjut.

Berikut disertakan informasi dan panduan penting berkenaan skim pinjaman Tekun Nasional meliputi syarat dan prosedur pinjaman yang dikongsikan dari Portal Rasmi TEKUN Nasional.

pinjaman tekun nasional

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pinjaman termasuk pautan borang

  • Muat turun borang dalam PDF
  • Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat TEKUN kawasan, Pusat Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional (Business Centre), Pusat Khidmat Bergerak (TEKUN Mobile) atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.
  • Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan / projek anda

Kadar Faedah Atau Caj Perkhidmatan

  • Peminjam dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun

Jumlah Pinjaman Tekun

Jenis Pinjaman Jumlah Pinjaman Tempoh Bayaran
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) RM 1,000 – RM5,000 Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) >RM 5,000 – RM10,000 Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Kecil ( SPK ) >RM 10,000 – RM50,000 Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana (SPS ) >RM 50,000 – RM100,000 Sehingga 10 tahun
Jumlah Pinjaman Jumlah Bayaran Proses
RM 1,000 – RM 5,000 RM 50
> RM 5,000 – RM 10,000 RM 100
> RM 10,000 – RM 20,000 RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000 RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000 RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000 RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000 RM 500

Tempoh Bayaran Balik

  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Cara Bayaran Balik

  • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN

  • Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Simpanan

  • Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insurans

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan ( peminjam ) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India – SPUMI )
  2. Berumur 18 – 65 tahun.
  3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen / Permit  / Daftar Perniagaan yang sah ( Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ]  ).
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
  8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
  9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).
  11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.

Selamat memohon buat peniaga yang berminat dengan pinjaman dalam memulakan atau memperkembangkan perniagaan mereka.

Related : dokumen lain yang mengesahkan terma syarat dasar privasi dasar keselamatan penafian pdpa pautan peta laman pejabat tekun cawangan borang penzahiran fas.tekun.gov.my cbrm salinan mykad pemohon dan pasangan pembangunan usahawan dan koperasi mengemukakan permohonan email protected skim pembiayaan pemulihan perniagaan sektor mikro, fas.tekun.gov.my cbrm