Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 04:24 PM

Perhatian dan panduan buat mereka yang sedang mencari jawatan kosong di Sektor Awam. Permohonan online SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

  • Nak lulus cemerlang Peperiksaan SPA online – Klik Buku Panduan SPA

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan atau pendaftaran Borang SPA8i. Untuk mendapatkan borang SPA8i secara online, sila KLIK DISINI
spa8

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

  • 1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
  • 2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
  • 3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.

Syarat-Syarat Pendaftaran SPA8i

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan
    pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan kosong yang dilaporkan
    oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan
    akan dipanggil temuduga

* Syarat terkini SPA8i

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-

  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja.
    Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)

Pemohon boleh mengemaskini SPA8i    dan menyemak    status permohonan pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pautan Baru Borang SPA8i

* Berikut merupakan dua pautan baru bagi Borang SPA8i:

  • 1. Klik Putra 12 http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
    2. Klik Putra 2 http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Online

  • Sila klik http://e-semakan.spa.gov.my/
Semoga berjaya semua buat pemohon SPA online.