Menyambung pengajian tinggi ke Politeknik ataupun Kolej Komuniti merupakan salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM. Dipetik dari Portal Rasmi Pengambilan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti, berikut dikongsikan maklumat terkini Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Ambilan Sesi Akademik 2025 – 2026 buat rujukan para pelajar.
Terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan termasuklah dari peringkat Sijil, Sijil Khas Kemahiran, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di 36 buah Politeknik serta 104 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Kenapa Pilih Belajar Di Politeknik?
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf
- Lokasi di seluruh negara
- Yuran yang berpatutan
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti 2025 -2026 Secara Atas Talian
Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komunit mengikut program pengajian seperti dipaparkan di Portal Pengambilan Pelajar Poli & Kolej Komuniti.
Maklumat lain yang dikongsikan termasuk Senarai Program yang ditawarkan beserta syarat Kemasukan, Kalendar Akademik dan jumlah yuran.
Permohonan boleh dibuat secara online di pautan berikut :-
- Portal Rasmi Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti
- Klik BORANG POLITEKNIK
- Klik BORANG KOLEJ KOMUNITI
A) PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (ISM) POLITEKNIK BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026 BAHARU
Permohonan dibuka kepada pelajar:
- Lepasan Diploma / Diploma Lanjutan Politeknik
- Lepasan Diploma Kolej Komuniti
- Lepasan Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi daripada IPTA / IPTS
- Lepasan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan
- Lepasan Program Asasi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Lepasan Program Matrikulasi KPM
- Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Pemilik Sijil Apel.A T-6
Terdapat 12 program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ditawarkan termasuk 2 program baharu diperkenalkan mulai sesi Akademik I 2025/2026 iaitu :-
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian
Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) ini ditawarkan di:
- Politeknik Ungku Omar, Ipoh
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
- Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Semua program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ditawarkan dalam mod pengajian Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning).
Maklumat lanjut berkenaan struktur program, sinopsis program, tempoh pengajian, politeknik yang menawarkan, syarat kelayakan minimum dan prospek kerjaya boleh didapati di pautan Ijazah Sarjana Muda (ISM)
Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 4 Jun 2025 jam 5.00 petang sehingga 4 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari melalui pautan eBorang ISM MypolyCC.
Permohonan bagi lepasan Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi daripada IPTA / IPTS, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pemilik Sijil Apel.A T-6 boleh dibuat mulai 11 Jun 2025 jam 5.00 petang sehingga 4 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari melalui pautan eBorang ISM MypolyCC
Tiada penggunaan nombor PIN untuk mengakses e-Borang ISM MypolyCC.
Pendaftaran pelajar baharu sesi Akademik I 2025/2026 adalah pada 29 September 2025.
PENAWARAN PROGRAM BAHARU SESI I : 2025/2026
Terdapat tiga (3) program baharu yang akan ditawarkan untuk Sesi I: 2025/2026 iaitu :-
- Sijil Kejuruteraan Awam
- Sijil Kejuruteraan Elektrik
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal
Untuk maklumat yang lebih lanjut, berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan Politeknik :-
Sarjana Muda Politeknik (Saluran eBorang MyPOLYCC) | |
Perkara | Tarikh |
Borang Permohonan Dibuka | 4 Jun 2025 |
Borang Permohonan Ditutup | 4 Julai 2025 |
Semakan Panggilan Temuduga | 11 Julai 2025 |
Sesi Temuduga | 21 – 25 Julai 2025 |
Semak Tawaran | 29 Ogos 2025 |
Rayuan eBorang Dibuka | 29 Ogos 2025 |
Pendaftaran Pelajar Baharu | 29 September 2025 |
Maklumat lanjut: |
B) PERMOHONAN KEMASUKAN BAHARU BAGI PERSIJILAN MICRO-CREDENTIALS KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2025/2026
Permohonan kemasukan persijilan Micro-Credentials Klik MOHON
Micro-credentials ditawarkan di 11 Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Manjung, Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Rembau, Kolej Komuniti Kuala Terengganu Cawangan Kuala Nerus.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian berikut: 019-8683738 (whatsapp sahaja) atau email ke jppkk.ambilan@mohe.gov.my
Senarai Politeknik
1 Politeknik Ungku Omar (PUO)
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh
Perak
05-5457622
https://www.puo.edu.my
2 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Semambu
25350 Kuantan
Pahang
09-5655 300
www.polisas.edu.my
3 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
Bandar Darulaman
06000 Jitra
Kedah
04-914 6100/04-914 6200
https://polimas.mypolycc.edu.my/
4 Politeknik Kota Bharu (PKB)
Km 24, Pangkal Kalong, Kok Lanas,
16450 Ketereh
Kelantan
09-7889126/111
http://www.pkb.edu.my
5 Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
Km 22 Jalan Matang
93050 Kuching
Sarawak
Pejabat: 082-845596/7/8 No. Tel.:0107879783
http://www.poliku.edu.my
6 Politeknik Port Dickson (PPD)
Km 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan
Emel:jhep@polipd.edu.my
7 Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
No. 4, Jalan Politeknik, Kkip Barat, Kota Kinabalu Industrial Park,
88460 Kota Kinabalu
Sabah
088-401816
https://polikk.mypolycc.edu.my/
8 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam
Selangor
03-51634000 ext 1157
https://psa.mypolycc.edu.my
9 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Km 10, Jalan Kong Kong,
81700 Pasir Gudang
Johor
07-2612488 / 013-9991474 (WhatsApp)
10 Politeknik Seberang Perai (PSP)
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Telegram: https://t.me/+4VijJ0kyNchlMjBl | Telefon: 04-5383322 samb. 5110/ 1008/ 1009 | e-mel: jhep@psp.edu.my
http://www.psp.edu.my
11 Politeknik Melaka (PMK)
No. 2, Jalan Ppm 10, Plaza Pandan Malim,
75250 Balai Panjang
Melaka
06-3376058/ 6054/ 6118
http://polimelaka.mypolycc.edu.my
12 Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
09-632 2000 / 2055 / 2023 / 2022
https://pkt.mypolycc.edu.my
13 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Km 8, Jalan Paka,
23000 Dungun
Terengganu
09-8400800 / 0996 / 0901 / 0988
https://psmza.mypolycc.edu.my
14 Politeknik Merlimau (PMM)
KM2.5, Jalan Merlimau-Jasin
77300 Merlimau
Melaka
06-2636687 sambungan 1181 / 1183 / 1185
http://www.pmm.edu.my @ http://www.jheppmm.com/
15 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
Behrang Stesen,
35950 Behrang
Perak
05-4544431 sambungan 4109
http://www.psas.edu.my
16 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah,
04-4033333 sambungan 2166/2164/2428
http://www.ptsb.edu.my
17 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar
Selangor Darul Ehsan
03-32806255 / 6256 / 6257 / 6258 / 6266
https://psis.mypolycc.edu.my/
18 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
Pauh Putra,
02600 Arau
Perlis
04-988 6200
https://www.ptss.edu.my/
19 Politeknik Muadzam Shah (PMS)
Lebuhraya Tun Abdul Razak,
26700 Muadzam Shah
Pahang
09-4502007
https://pms.mypolycc.edu.my/
20 Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
Km7.5 Jalan Oya
96400 Mukah
Sarawak
084-874001 sambungan 8015 / 8014
http://pmu.mypolycc.edu.my
21 Politeknik Balik Pulau (PBU)
Pinang Nirai Mukim 6,
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
04-868 9000
https://heppbu.com/pelajarbaharu/
22 Politeknik Jeli (PJK)
Jalan Raya Timur – Barat,
17600 Jeli
Kelantan
09-9443625 / 09-9443648 / 09-9443616
http://www.pjk.edu.my
23 Politeknik Nilai (PNS)
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
06-850 5853 / 5852 / 5854 / 5809
https://pns.mypolycc.edu.my/
24 Politeknik Banting (PBS)
Persiaran Ilmu, Jln Sultan Abdul Samad,
42700 Banting
Selangor
03-31201657 / 03-31201625
https://pbs.mypolycc.edu.my/v1/index.php/pendaftaran
25 Politeknik Mersing (PMJ)
Jalan Nitar
86800 Mersing
Johor
077980001 / 010-3052527 (Whatsapp)
26 Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
Jalan Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, Kuala Jeneris
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman
09-6825555
http://pht.mypolycc.edu.my
27 Politeknik Sandakan (PSS)
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,
90000 Sandakan
Sabah
089-228351 / 0133158978
http://pss.mypolycc.edu.my
28 Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
No. 2-14, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa,
54200
Kuala Lumpur
03-4251 4631 / 03-4251 8000
29 Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 2,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
011-5786 4117 / 010-540 9483
http://www.pmku.edu.my
30 Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
No 64, Jalan Suria 19, Taman Putera,
81100 Johor Bahru
Johor
012-9964180 / 019-7731427
http://www.pmjb.edu.my/pmjbv2/
31 Politeknik METrO Betong (PMBS)
1-12, Fasa 2, Bandar Baru Betong,
Jalan Bandar Baru, 95700 Betong,
Sarawak.
083-472676
http://www.pmbs.edu.my/v3/
32 Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
No.25, Jalan Komersial 2, Pusat Komersial Tasek Gelugor,
13300 Tasek Gelugor
Pulau Pinang
04-5732789
33 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Km 1, Jln Panchor,
84600 Pagoh, Muar
Johor
06-9742288 ext 2218 / 2219
https://ptsn.mypolycc.edu.my
34 Politeknik Besut (PBT)
Jalan Bukit Keluang
22200 Besut
Terengganu
No tel/ fax: 09-6922999 No Tel Rasmi JHEP: 011-56563550
https://bit.ly/pelajar-baharu-polibesut
35 Politeknik Bagan Datuk (PBD)
Jalan Bagan Datuk
36100 Bagan Datuk
Perak
05-6081630 Email:jheppbd@gmail.com
https://pbd.mypolycc.edu.my/
36 Politeknik Tawau (PTS)
Km 36 Jalan Apas Balung
91009 Tawau
Sabah
019-3261269
https://politawau.mypolycc.edu.my/
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
- Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya. - No Tel : 03-8888 3837
No Fax : 03-8888 2111
emel : jppkk.ambilan@mohe.gov.my
Kepada pelajar yang layak, selamat membuat Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti secara online untuk sesi tahun 2025 – 2026. Semoga anda berjaya diterima masuk ke Politeknik.
Ref : diploma politeknik, sijil politeknik kolej komuniti, 18 mei 2025, permohonan bagi lepasan sijil tinggi pelajaran malaysia stpm sijil tinggi agama malaysia stam dan pemilik sijil apel.a t-6 boleh dibuat mulai 11 jun 2025, jabatan pendidikan politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah, 10 februari 2025, 14 april 2025, pelajar yang berminat dan berkelayakan permohonan,